Pemberitahuan » Kewangan » Semakan Dividen Koperasi Tentera & Cara Pendaftaran Online

Semakan Dividen Koperasi Tentera & Cara Pendaftaran Online

Semakan Dividen Koperasi Tentera.

Kepada mereka yang berminat ingin menjadi ahli Koperasi Tentera, jom daftar sekarang secara online melalui laman web dan juga aplikasi telefon.

Selepas mendaftar anda berpeluang untuk menikmat pelbagai perkhidmatan termasuklah semakan dividen koperasi tentera secara atas talian.

Bagaimana nak daftar?

Macam mana nak semak pembayaran dividen koperasi tentera anda untuk tahun ?

Jom baca artikel Pemberitahuan hari ini Semakan Dividen Koperasi Tentera & Cara Pendaftaran Online sebagai rujukan mudah untuk anda.

Semakan Dividen Koperasi Tentera & Cara Pendaftaran Online

MMMNNNB - Semakan Dividen Koperasi Tentera & Cara Pendaftaran Online

APA ITU KOPERASI TENTERA (KT)?

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) adalah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan) yang ditubuhkan pada 1960.

Koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik.

Kaedah ini diperkenalkan bagi menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung.

Walaupun objektif utama KT adalah untuk menjaga kebajikan anggota ATM, ianya tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.

Ianya selaras dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan.

PRODUK-PRODUK KOPERASI TENTERA

Antara produk-produk lain yang disediakan di dalam Koperasi Tentera adalah seperti berikut:

  1. Pinjaman Koperasi Tentera (Patuh Syariah):
    • pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan.
  2. Skim Takaful Koperasi Tentera:
    • Menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am.
  3. Pembiayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME
  4. Pajak Gadai Ar Rahnu Koperasi Tentera:
    • Ar-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000
    • Ar-Rahnu Prima membenarkan pinjaman sehingga RM100,00
Baca Juga :  Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi 2022 Online

 

img 60d99bb04f965 - Semakan Dividen Koperasi Tentera & Cara Pendaftaran Online

PENDAFTARAN AHLI KOPERASI TENTERA ONLINE

Mereka yang berminat boleh mula mendaftar dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pengguna perlu layari link berikut untuk ‘Pendaftaran Kali Pertama‘: PORTAL KOPERASI TENTERA
  • Pilih jenis pengenalan samada Tentera ID/Nombor kad pengenalan/Nombor passport
  • Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
  • Klik ‘Hantar OTP’ dan OTP anda akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
  • Masukan ID pengguna dan cipta kata laluan baharu.
  • Pilih imej dan frasa keselamatan akaun anda dan jawab soalan keselamatan yang diberi.

SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA ONLINE

  1. Pengguna perlu layari link berikut untuk membuat semakan: PORTAL KOPERASI TENTERA
  2. Masukkan ID pengguna dan klik ‘Teruskan’
  3. Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan kemudian klik ‘Login’
  4. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
  5. Klik pada menu nombor akaun anda
  6. Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
  7. Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi

PEMBAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA 

  • Dividen Koperasi Tentera bagi tahun 2022 adalah sebanyak (akan dikemaskini)

Anda juga boleh mendaftar dan semak dividen koperasi tentera ini melalui aplikasi yang perlu di muat turun di telefon pintar anda:

Melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Koperasi Tentera (KT) anda boleh terus rujuk saluran berikut:

  • Alamat: No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Hotline: 1-300-8000-58

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH