Pemberitahuan » Informasi » Semakan JHEV Pesara ATM 2021: Dapatkan Penyata Pencen Online

Semakan JHEV Pesara ATM 2021: Dapatkan Penyata Pencen Online

Semakan JHEV Pesara ATM.

Pesara Tentera atau Veteran ATM kini boleh semak penyata pencen mereka menggunakan sistem JHEV.

Semakan di sistem ini memudahkan lagi pesara kerana mereka hanya perlu membuat semakan secara online dimana ianya lebih cepat dan menjimatkan masa.

Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini adalah mendaftar sebagai pengguna baharu untuk mendapatkan id pengguna dan kata laluan.

Bagaimana?

Jom teruskan membaca artikel kami hari ini Semakan JHEV Pesara ATM 2021: Dapatkan Penyata Pencen Online untuk rujukan anda.

Sistem JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran)

Untuk makluman anda, Sistem JHEV ditubuhkan bagi membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM.

FUNGSI-FUNGSI SISTEM JHEV

  1. Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM
  2. Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV
  3. Memantau pelaksanaan kursus/latihan , Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT.
  4. Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  5. Membantu mendapatkan peluang pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  6. Membantu mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaras khidmat bantuan dari jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan.
  7. Mengurus dan memantau faedah-faedah persaraan dan tuntutan bayaran balik perubatan Veteran ATM.

PEMBAYARAN PENCEN ATM 2021

Jadual pembayaran pencen tahun 2021 bagi pesara tentera atau Veteran ATM adalah seperti berikut:

  1. Januari : 21.01.2021
  2. Februari : 08.02.2021
  3. Mac : 15.03.2021
  4. April : 20.04.2021
  5. Mei : 05.05.2021
  6. Jun : 10.06.2021
  7. Julai : 12.07.2021
  8. Ogos : 18.08.2021
  9. September : 21.09.2021
  10. Oktober : 21.10.2021
  11. November : 18.11.2021
  12. Disember : 16.12.2021
Baca Juga :  Semakan CCRIS Online dan Manual Melalui Bank Negara 2020

Semakan JHEV Pesara ATM 2021: Dapatkan Penyata Pencen Online

online service - Semakan JHEV Pesara ATM 2021: Dapatkan Penyata Pencen Online

Untuk makluman anda, “Veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang:

  1. Angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia;
  2. Angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  3. Force 136;
  4. Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
  5. Sarawak Rangers

DAFTAR PENGGUNA BARU SISTEM JHEV

Cara-cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pengguna perlu melayari laman web berikut: PORTAL RASMI PENDAFTARAN SISTEM JHEV
  2. Klik pada ‘Pendaftaran’ untuk pengguna baharu yang ingin mendaftar akaun di JHEV.
  3. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul, klik ‘Hantar’
  4. Selepas itu, klik pada ‘OK’ dan sekiranya pendaftaran anda telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi.
  5. Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem. Kemudian, klik ‘Kembali’

CARA SEMAKAN JHEV PESARA ATM 2021

Lakukan semakan penyata pencen anda dengan cara-cara berikut:

  1. Pengguna perlu layari: SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
  2. Isikan nombor tentera dan kata laluan yang didaftarkan tadi dan anda akan dibawa ke halaman utama.
  3. Pilih menu ‘Semakan Penyata’ kemudian pilih ‘Tahun Penyata’ yang ingin disemak.
  4. Masukkan kod pengesahan kemudian klik ‘Cetak Penyata Pencen’
  5. Akan dipaparkan dengan penyata pencen yang diminta.

Maklumat Lanjut Semakan JHEV Pesara ATM 2021

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi saluran berikut:

  • Hantarkan pertanyaan anda melalui emel ke alamat emel berikut: penyatajhevatm@mod.gov.my

Semoga perkongsian artikel kami hari ini memudahkan urusan pesara-pesara ATM yang ingin membuat semakan penyata pencen mereka secara online.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih.