Pemberitahuan » Informasi » Semakan Kemasukan MRSM 2022 & Permohonan Rayuan

Semakan Kemasukan MRSM 2022 & Permohonan Rayuan

Semakan Kemasukan MRSM 2022.

Untuk makluman ibu bapa, semakan kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 MARA boleh mula dibuat hari ini 09 Mac 2022.

Panduan pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 4 juga turut dikeluarkan sebagai rujukan.

Entri Pemberitahuan hari ini Semakan Kemasukan MRSM 2022 & Permohonan Rayuan sebagai panduan khas buat ibu bapa dan para pelajar yang terlibat.

Jom baca!

Semakan Kemasukan MRSM 2022 & Permohonan Rayuan

semakan mrsm - Semakan Kemasukan MRSM 2022 & Permohonan Rayuan

CARA SEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN MARA SESI 2022

Panduan untuk membuat semakan kemasukan MARA sesi 2022 adalah seperti berikut:

  1. Pengguna perlu layari portal berikut mengikut tahap tingkatan permohonan:
  2. Pengguna perlu log masuk dahulu sebelum ingin membuat semakan.
  3. Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  4. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan tersebut menerusi Sistem MyMRSM di Portal Rasmi MARA.

NOTA:

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap TERBATAL

TINDAKAN PEMOHON/IBU BAPA SETELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN MARA

  • Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran
  • Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Deklarasi Covid-19, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa
  • Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran
  • Membuat bayaran yuran pendaftaran bermula 19 Mac 2022 sehingga sebelum hari pendaftaran
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Online 2021

TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR MRSM TINGKATAN 1 & 4

  • 11 April 2022

PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN MRSM SESI 2022

Bagi calon-calon yang tidak berjaya, jangan bersedih, anda masih berpeluang membuat permohonan rayuan bermula 9 Mac sehingga 16 Mac 2022 secara online.

  1. Pengguna perlu layari portal berikut mengikut tahap tingkatan permohonan:
  2. Cari butang ‘Rayuan’ dan klik untuk meneruskan proses permohonan rayuan.
  3. Sekiranya calon tidak menemui butang ‘Rayuan’ tersebut calon berkemungkinan tergolong di dalam kategori di bawah:
    • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
    • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
    • *Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

Maklumat Lanjut Semakan Kemasukan MRSM 2022

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222

ATAU

Calon boleh terus layari laman web MARA: https://www.mara.gov.my/

Semoga artikel ini dapat membantu cita-cita calon-calon pelajar untuk melanjutkan sesi pembelajaran tingkatan 4 dan 1 di MRSM.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH