Pemberitahuan » Terkini » Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online

Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online

Semakan Bagi Keputusan Permohonan dan Juga Rayuan PraSekolah KPM 2019. Adakah anda sebagai ibu bapa tahu bilakah Tarikh semakan keputusan PraSekolah 2019? Artikel panduan ini khas untuk para ibu bapa dan juga penjaga yang sudah membuat permohonan pendaftaran kemasukan anda mereka ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Merujuk kepada sumber daripada portal rasmi e-Prasekolah, semakan keputusan Prasekolah 2019 dapat disemak dengan cara online dan juga manual (datang sendiri ke sekolah).

prasekolah - Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online
Semakan Keputusan PraSekolah 2019

Bagi panduan dan peringatan kepada para ibu bapa dan penjaga, berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi menyemak keputusan dan rayuan bagi permohonan ke Prasekolah KPM bagi tahun 2019. Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya dalam permohonan.

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2019 Online

Penulis mendapat maklumat dari manual permohonan pemohon, ibu bapa dan juga penjaga boleh mendapat tahu mengenai status permohonan ke Prasekolah KPM 2019 melalui dua kaedah iaitu:

a. Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online

Keputusan boleh disemak menggunakan laman web e-Prasekolah bermula 5 Ogos sehingga 20 Ogos 2018 di pautan di bawah:

Bagimanapun, tarikh yang telah dinyatakan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.

b. Semakan Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon

Untuk anda yang ingin menyemak secara “walk-in” di sekolah yang dimohon, anda boleh berbuat demekian pada 5 Ogos hingga 20 Ogos. Jangan lupa untuk melaporkan diri dahulu di pondok pengawal sebelum berurusan di pejabat sekolah nanti.

Baca Juga :  Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2019

Bagi anda yang tidak berjaya dalam permohonan ke prasekolah 2019, anda boleh membuat rayuan dengan cara berikut:

  • a. Untuk permohonan yang tidak lulus / tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui laman sesawang di bawah:

https://eprasekolah.moe.gov.my
Rayuan perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan rasmi penempatan prasekolah diumumkan.

  • b. Bagi ibu bapa / penjaga yang telah membuat permohonan secara manual, anda boleh membuat rayuan di sekolah yang dipohon atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mana-mana negeri yang tidak ada PPD / PPW

Cara Membuat Semakan Rayuan Prasekolah 2019

  • Dengan menggunakan laman sesawang, anda boleh membuat rayuan semakan di pautan di ini, https://eprasekolah.moe.gov.my bermula pada 10 September 2018.
  • Bagi rayuan manual pula, anda boleh terus ke sekolah yang anda pilih untuk membuat semakan. Selain itu juga, para ibu bapa dan penjaga akan diberitahu oleh pihak sekolah sekiranya rayuan anda berjaya untuk kemasukan ke prasekolah KPM 2019.

Bantuan Helpdesk Prasekolah KPM 2018

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, boleh terus menghubungi:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
    Atau
  • Terus mengemukakan terus sebarang pertanyaan melalui emel di eprasekolah@moe.gov.my

Tahniah buat semua ibu bapa yang berjaya dalam kemasukan ke prasekolah KPM bagi tahun 2019. Kepada yang gagal dan tidak berjaya tidak mengapa anda masih sempat untuk membuat rayuan bagi kemasukan tahun 2019. Jangn berlengah dan teruskan membuat rayuan. Semoga anak anda berjaya ditempatkan di prasekolah yang dekat dengan kawasan rumah anda bagi memudahkan urusan anda dan isteri untuk menghantar dan mengambil anak anda di sekolah nanti pada tahun hadapan.

Pemberitahuan.com