Pemberitahuan » Panduan » Semakan Keputusan STPM Semester 1 2022 Online

Semakan Keputusan STPM Semester 1 2022 Online

Semakan Keputusan STPM.

Bila tarikh keputusan STPM Semester 1 2022 akan diumumkan?

Untuk makluman calon-calon STPM, anda boleh mula membuat semakan keputusan STPM pada 18 Ogos 2022, jam 12.00 tengah hari.

Macam mana nak semak result STPM tu?

Jom baca entri Pemberitahuan hari ini Semakan Keputusan STPM Semester 1 2022 Online sebagai panduan anda.

Semakan Keputusan STPM Semester 1 2022 Online

Pada tahun 2012, format terbaru peperiksaan STPM telah dilaksanakan. Antara ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

  1. Peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal
  2. Pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan kerja kursus
  3. Calon juga dibenarkan untuk mengulang peperiksaan bagi setiap penggal untuk memperbaiki keputusan peperiksaan mereka
STPM Sistem terminal diubah supaya selaras dengan sistem pengajian pasca menengah yang lain dan sistem pengajian di IPT
Berikut adalah ciri-ciri baru sukatan matapelajaran STPM:
  1. Jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu penggal
  2. Bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  3. Hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
  4. Calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM SECARA MANUAL/SMS/ONLINE

Untuk makluman, ada 3 kaedah utama yang boleh digunakan oleh calon-calon untuk menyemak keputusan peperiksaan mereka.

Baca Juga :  Tips Semak Slip e-Penyata Gaji Online 2020

Berikut kami kongsikan panduan untuk memudahkan urusan semakan anda.

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM SECARA MANUAL

  • Calon-calon boleh hadir ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM mulai pukul 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM MELALUI SMS

Untuk mendapatkan ringkasan keputusan STPM melalui SMS anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Taip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantarkan ke 15888
  • Sistem ini akan mula diaktifkan pada jam 11.00 pagi 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari 28 Ogos 2022 (Ahad)

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM SECARA ONLINE

Semakan secara online juga boleh dibuat oleh calon-calon STPM di pautan berikut:

Pautan ini juga akan mula dibuka pada 18 Ogos 2022 jam 12.00 tengah hari.

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 1 819x1024 1 e1660531059861 - Semakan Keputusan STPM Semester 1 2022 Online

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2 819x1024 1 e1660531077943 - Semakan Keputusan STPM Semester 1 2022 Online

 

Sebarang maklumat lanjut, calon-calon boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat berjaya kami ucapkan kepada semua calon-calon STPM Semester 1 2022 yang bakal menerima keputusan pada Khamis ini.