Pemberitahuan » Informasi » Semakan MyCTOS Online Percuma Dengan Mudah 2020

Semakan MyCTOS Online Percuma Dengan Mudah 2020

Semakan MyCTOS Online Percuma.

Apa itu CTOS? Bagaimana ianya dapat mempengaruhi status anda untuk membuat pinjaman bank?

Keliru?

Jangan risau, artikel Pemberitahuan hari ini Semakan MyCTOS Online Percuma 2020 kami bawakan khas untuk anda yang berminat seterusnya memudahkan urusan anda untuk membuat pinjaman bank dan sebagainya.

Jom teruskan bersama kami!

CTOS (Credit Top Off Service)

Untuk makluman anda, CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit.

Semakan MyCTOS akan membolehkan kita mengetahui laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Semakan ini penting terutama sekali untuk mereka yang ingin membuat pinjaman di bank.

Mengapa?

Adalah penting untuk mengetahui status laporan kredit anda dan membuat segala pembaikan yang perlu sebelum permohonan pinjaman bank anda ditolak.

Semakan MyCTOS Online Percuma 2020

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk anda membuat semakan CTOS dengan mudah dan maklumat-maklumat lain buat rujukan anda:

CARA DAFTAR AKAUN MyCTOS

Sebelum anda ingin membuat semakan CTOS, anda perlu mendaftar akaun MyCTOS dahulu seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi CTOS di https://ctoscredit.com.my/ dan tekan ‘Daftar Sekarang’.
  2. Sila isikan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).
  3. Sila lengkapkan maklumat peribadi dan lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda.
  4. Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.
  5. Selepas selesai lengkapkan maklumat, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan.
  6. Biasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.
  7. Setelah menerima kod TAC di telefon bimbit, masukkannya di ruang yang disediakan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  8. CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.
  9. Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.
  10. Untuk menyelesaikan proses pendaftaran, log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  11. Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.
Baca Juga :  Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School 'Pilih & Pulang' 2021

screen shot 2017 06 13 at 3.12.14 pm e1608178504213 - Semakan MyCTOS Online Percuma Dengan Mudah 2020

SENARAI MAKLUMAT DALAM SISTEM MyCTOS

Berikut adalah senarai maklumat dalam Laporan CTOS:

  • Pengesahan identiti
  • Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
  • Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
  • Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
  • Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
  • Rekod cek tidak sah
  • Komen anda
  • Bank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.

Maklumat Lanjut Semakan MyCTOS Online Percuma

Sebarang pertanyaan mengenai CTOS anda boleh dapatkan melalui laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:

  • Alamat: CTOS Data Systems Sdn Bhd,Unit 01-12, Level 9,Tower A, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South,No. 8, Jalan Kerinchi,59200, Kuala Lumpur
  • Email: contactus@ctos.com.my
  • Facebook: CTOS

Semoga artikel kami ini dapat membantu anda menguruskan perancangan kewangan anda dengan lebih baik dan teratur.

Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH