Pemberitahuan » Informasi » Semakan Nombor Baucar BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN

Semakan Nombor Baucar BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN

Semakan Nombor Baucar BPN

Bagaimana caranya untuk anda membuat semakan nombor baucar BPN 2.0? Nombor baucar ini diperlukan untuk pembayaran tunai di BSN.

Jangan risau, kami ada solusinya.

Artikel Semakan Nombor Baucar BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN hari ini adalah panduan ringkas buat rujukan anda.

Jom baca!

Semakan Nombor Baucar BPN 2.0

Anda lulus permohonan BPN tapi akaun bank tidak aktif atau tersilap isi nombor akaun bank ini diistilahkan sebagai GAGAL KREDIT.

Anda memerlukan nombor baucar ini untuk membuat tuntutan bayaran BPN 2.0 di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan.

Bagaimana caranya anda nak semak/dapatkan nombor baucar ni?

Berikut langkah-langkah mudah untuk anda mendapatkan nombor baucar anda:

  1. Layari https://bpn.hasil.gov.my
  2. Anda kini berada di bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Tekan butang Cari
  5. Untuk semakan nombor baucar BPN, anda perlu klik pada ‘Maklumat Pembayaran BPN’
  6. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
  7. Anda akan lihat maklumat berikut:
  • Nama
  • Fasa
  • Jumlah Bayaran
  • Status Kredit
  • Tarikh Tunai
  • Nama Tunai Bank
  • No Akaun Bank
  • Kod Tidak Berjaya
  • No Baucar

TARIKH BAYARAN BPN 2.0

Untuk makluman anda: bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua fasa ansuran seperti berikut:

  • Fasa 1: Pembayaran dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan iaitu 26 OKTOBER 2020
  • Fasa 2: Pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada bulan Januari 2020

BPN 2.0: BANTUAN RM1000 (B40) & RM500 (BUJANG B40)

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Baca Juga :  Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun]

Berikut kami kongsikan pada anda jadual pembayaran bantuan BPN ini:

bpn 2 0 tambahan 1024x448 - Semakan Nombor Baucar BPN 2.0: Pembayaran Tunai di BSN

NOTIS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0

Pembayaran BPN 2.0 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Terima kasih.

Kesimpulan Semakan Nombor Baucar BPN

Semoga artikel kami ini dapat membantu anda berurusan dengan lebih mudah untuk mendapatkan pembayaran tunai BPN 2.0 di BSN.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Patuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan sama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19 ini untuk kesejahteraan negara.

TERIMA KASIH