Pemberitahuan » Panduan » Semakan Online Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini

Semakan Online Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini

Apa cara untuk anda buat semakan online penyata akaun KSWP menggunakan i-Akaun bagi tujuan pengeluaran dan juga semakan baki terkini?

Sekarang ni nak semak apa pun boleh melalui online, anda hanya perlu daftar dan tak kira lah di mana pun anda berada, menggunakan telefon ataupun komputer urusan anda boleh diselesaikan.

Entri kali ini kami bawakan anda Semakan Online Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini. Mudah sahaja, anda baca sekali pun dah boleh faham.

Kami sertakan segala maklumat yang anda perlukan disini.

Jom!

 i-Akaun KWSP

Macam mana nak buat semakan penyata KWSP anda secara online?

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang penggunaan sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sekarang ini sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

Mudahnya i-Akaun, ia membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran. Mudah bukan?

PENDAFTARAN I-AKAUN

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk pendaftaran, boleh di mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Semakan Online Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini

Berikut kami sertakan segala informasi berkaitan semakan penyata KWSP secara online melalui i-Akaun:

Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Ikuiti langkah-langkah dibawah:

Cara Semak Penyata KWSP i Akaun Pengeluaran Baki Terkini 3 - Semakan Online Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini

  1. Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
  2. Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
  3. Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih gambar online.
  4. Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
  5. Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“
  6. Selepas itu anda dapat lihat penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan.
  7. Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan
Baca Juga :  Cara Buat Penamaan KWSP Online 2022 & Kepentingannya

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP MELALUI SISTEM i-AKAUN

Cara Semak Penyata KWSP i Akaun Pengeluaran Baki Terkini 1 1 - Semakan Online Penyata KWSP (i-Akaun) Pengeluaran & Baki Terkini

Seperti dimaklumkan, selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.

Ada 17 jenis pengeluaran KWSP anda perlu tahu. Antaranya ialah:

Pengeluaran sebahagian:

  1. Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50
  2. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  3. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
  4. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
  5. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  6. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
  7. Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
  8. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
  9. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
  10. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan
  11. Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta

Pengeluaran penuh:

  1. Pengeluaran dari Akaun 1 & 2 ketika umur 55
  2. Pengeluaran dari Akaun 55 dan Akaun Emas
  3. Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen
  4. Hilang upaya secara fizikal atau mental
  5. Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara
  6. Apabila ahli meninggal dunia

TIPS MENGELAKKAN SEBARANG KECURIAN MAKLUMAT LOGIN i-AKAUN

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun

KESIMPULAN

Kami harapkan perkongsian maklumat kami kali ini dapat membantu memudahkan segala urusan yang berkenaan dengan KWSP anda.

Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH