Pemberitahuan » Panduan » Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Secara Online

Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Secara Online

Semakan Panggilan Temuduga UPU.

Semakan panggilan temuduga dan/atau ujian bagi Program Pengajian Pendidikan boleh mula dilakukan pada 05 Julai 2022 secara online.

Pemberitahuan dengan artikel Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Secara Online memberikan panduan untuk individu yang ingin membuat semakan mengikut URL yang disediakan.

Bagaimana?

Jom teruskan bersama kami.

Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Secara Online

Berikut merupakan senarai URL atau pautan untuk mereka yang ingin membuat semakan panggilan temuduga UPU dan/atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan STPM setaraf sesi akademik 2022/2023:

  1. UPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
  2. UTHM: https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
  3. UiTM : https://online.uitm.edu.my
  4. UMS: http://bpa.ums.edu.my/semakanums
  5. UKM: https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan
  6. UM: https://kemasukan.um.edu.my
  7. UPM: http://intake.upm.edu.my/temuduga
  8. USIM: https://etasjil.usim.edu.my
  9. USM: https://pohon.usm.my
  10. UTM: https://jpt.utm.my
  11. UUM: http://www.uum.edu.my/kemasukan
  12. UNIMAS: https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
  13. UIAM: http://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/

NOTA:

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi universiti tempatan yang berkaitan.

PANDUAN TEMUDUGA UNTUK PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN

Maklumat penting yang perlu diberi perhatian sebelum calon menghadiri temuduga:

  • Sesi temuduga diadakan setelah calon melepasi kelayakan minimum akademik bagi sesuatu program yang dipohon
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan
  • Satu sesi dijalankan dalam tempoh 10 hingga 30 minit
  • Panel temuduga merupakan pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga
  • Penilaian bermula seawal calon mula melangkah ke dalam bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak-geri dan pertuturan calon diperhatikan

Screenshot 2022 07 05 at 16 00 20 Tell Me About Yourself.jpg WEBP Image 1280 × 715 pixels — Scaled 97 e1657007818222 - Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Secara Online

KAEDAH PENILAIAN TEMUDUGA

Beberapa kaedah penilaian temuduga yang boleh digunakan semasa sesi temuduga calon adalah:

  1. Mock-Teaching
    • Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar. (Nota: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar)
  2. Debat
    • Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel. (Nota: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang)
  3. Isu Semasa
    • Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa pendidikan. (Nota: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara)
  4. Pengetahuan Bidang
    • Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Kimpalan, Aircond, catering bukanlah satu mata pelajaran di peringkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat penyelidikan tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal.
    • (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)