Pemberitahuan » Terkini » Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022

Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022

Semakan Pengambilan Perajurit Muda.

Untuk makluman anda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 secara online bermula pada 15 Ogos hingga 26 September 2022.

Pemilihan pengambilan ini terbuka kepada belia lelaki dan wanita yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Macam mana nak buat permohonan?

Mudah sahaja, jom baca entri kami hari ini Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022 untuk panduan dan maklumat yang lebih lengkap.

Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022

Terdapat tiga kategori syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi iaitu:

SYARAT-SYARAT UMUM PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur: 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2023.
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik. Universiti Awam atau Swasta
  4. Taraf perkahwinan : Bujang (tidak pernah berkahwin)
  5. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah atau dadah juvana

SYARAT-SYARAT KHUSUS KELAYAKAN

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang memiliki kepujian
    1. Bahasa Inggeris
    2. Matematik
    3. Sains
  3. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian di dalam Bahasa Melayu

TARAF KOKURIKULUM

  • Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan, dan berkebolehan berenang akan diberikan keutamaan.
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan yang tertentu.

TARAF KESIHATAN

  • Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
  • Penglihatan – jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  • Syarat minimum ukuran fizikal adalah seperti berikut:
Baca Juga :  Pendaftaran Prasekolah KPM 2021: e-Prasekolah Online

Untitled 3 - Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022

TAWARAN GAJI/ELAUN JAWATAN PERAJURIT MUDA TLDM

Berikut kami kongsikan tawaran gaji/elaun yag diberikan berserta faedah yang anda perolehi di bawah jawatan perajurit muda TLDM:

FAEDAH/KEISTIMEWAAN YANG DISEDIAKAN

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

GAJI PERMULAAN

Gaji Jumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan) RM1,774.00
Diperjawatkan (kelulusan):

SPM atau SVM

SPM dan SKM Tahap 2

SPM dan SVM Tahap 3

Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)

NOTA:

Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

RM1,879.00

RM1,945.00

RM2,011.02

RM2,341.07

BAYARAN ELAUN DAN INSENTIF

  • Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan

*tertakluk kepada syarat dan kelayakan

KENAIKAN GAJI TAHUNAN

  • Kenaikan gaji tahunan yang ditetapkan mengikut kepada pangkat jawatan

BORANG PERMOHONAN TLDM 2022 & CARA UNTUK MEMOHON

Tiada permohonan secara walk-in diadakan untuk jawatan ini, semua permohonan adalah secara atas talian/online.

Screenshot 2022 08 16 at 10 58 22 MAKLUMAT AWAL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 225 23 - Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022

  1. Untuk memohon anda perlu mengimbas kod QR atau pergi ke pautan www.navy.mil.my dan masuk ke pautan ‘PERKHIDMATAN’ untuk mendaftar maklumat awal.
  2. Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh ‘Sel Pengambilan TLDM’
  3. Calon yang BERJAYA melepasi tapisan maklumat awal akan menerima BORANG PERMOHONAN MEMASUKI PERKHIDMATAN TLDM di alamat e-mel masing-masing.
    • sila pastikan anda mendaftar menggunakan alamat e-mel yang masih AKTIF dan betul bagi memudahkan urusan permohonan.
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan borang.
  5. Pemohon yang berjaya atau gagal akan diberitahu melalui E-MEL selepas tapisan pada bulan Disember 2022.
  6. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.
  7. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja.

Maklumat Lanjut Semakan Pengambilan Perajurit Muda

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus layari portal di bawah sebagai panduan:

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada yang memohon.

TERIMA KASIH