Pemberitahuan » Kewangan » Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

Apa cara untuk anda buat semakan online penyata KWSP menggunakan i-Akaun bagi tujuan pengeluaran dan juga semakan baki terkini?

Sekarang ni anda nak semak apa pun boleh melalui akaun online, anda hanya perlu daftar dan tak kira lah di mana pun anda berada, menggunakan telefon ataupun komputer urusan anda boleh diselesaikan. Entri pada kali ini kami bawakan pada anda mudah sahaja, anda baca sekali pun dah boleh faham. Kami sertakan segala maklumat yang anda perlukan disini.

Daftar i-Akaun KWSP

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum mengenai penggunaan sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sekarang ini sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

Mudahnya i-Akaun, ia membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2 anda.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran di dalam sistem i-Akaun.

Cara Mendaftar i-Akaun

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

daftar i akaun  - Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

Berikut kami sertakan segala informasi berkaitan semakan penyata KWSP secara online melalui i-Akaun:

Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah:

i akaun login - Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

  1. Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diberi untuk mengaktifkan i-Akaun anda. Mesti di aktifkan dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
  2. Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima.Dan Kemudian Klik Butang Login.
  3. Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
  4. Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
  5. Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“
  6. Selepas itu anda dapat lihat penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan.
  7. Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

Semakan Penyata KWSP Melalui Telefon

i akaun - Semakan Penyata Kwsp Melalui Online

Untuk semakan melalui telefon, anda hanya perlu memuat turun applikasi i-Akaun di telefon pintar anda. Sila Klik pautan di bawah untuk muat turun :

Applikasi Android

Applikasi IOS

Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda seperti di Sistem i- Akaun untuk mengakses semakan penyata KWSP melalui phone.

PENGELUARAN KWSP MELALUI SISTEM i-AKAUN

Seperti dimaklumkan, selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.

Terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya:

Pengeluaran sebahagian:

  1. Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50
  2. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  3. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
  4. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
  5. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  6. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
  7. Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
  8. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
  9. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
  10. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan
  11. Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta

Pengeluaran penuh:

  1. Pengeluaran dari Akaun 1 & 2 ketika umur 55
  2. Pengeluaran dari Akaun 55 dan Akaun Emas
  3. Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen
  4. Hilang upaya secara fizikal atau mental
  5. Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara
  6. Apabila ahli meninggal dunia

TIPS KESELAMATAN i-AKAUN

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa.
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon kepada orang lain.
  • Tukar kata laluan secara berkala seeloknya beberapa bulan sekali.
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda  mudah diakses oleh penggodam cyber.
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda selesai aktiviti di i-Akaun

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

KESIMPULAN

Kami harapkan perkongsian maklumat kami kali ini dapat membantu memudahkan segala urusan berkenaan  Semakan Penyata Kwsp Melalui Online dengan KWSP anda.

Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH