Semakan Penyata Pencen JPA.
Salah satu kelebihan anda bekerja sebagai seorang penjawat awam adalah apabila anda sampai pada tempoh persaraan, anda akan terima pencen secara bulanan.
Tahukah anda bahawa anda sekarang boleh membuat semakan penyata pencen secara online?
Nak tahu cara kira kenaikan pencen dan juga jadual pembayaran pencen untuk tahun 2022?
Semua ada di dalam artikel kami hari ini Semakan Penyata Pencen JPA & Jadual Pembayaran Pencen 2022.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Semakan Penyata Pencen JPA & Jadual Pembayaran Pencen 2022
Untuk makluman anda, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kenaikan sebanyak 2% wang persaraan setiap tahun.
Jadi macam mana nak tahu berapa kenaikan duit pencen anda setiap tahun?
CARA KIRA KENAIKAN PENCEN TAHUNAN
Kita bagi satu situasi dimana anda menerima wang persaraan sebanyak RM1500.
- Darabkan jumlah persaraan anda RM1500 x 2% = RM30. Jadinya kenaikan pencen anda setahun adalah sebanyak RM30.
- Maka tahun akan datang wang persaraan anda akan naik kepada RM1530.
Mudah je kan?
2 CARA SEMAK PENYATA PENCEN BULANAN JPA ONLINE
Macam mana nak semak penyata bulanan pencen anda ni?
Untuk memudahkan pesara kerajaan membuat semakan penyata pencen mereka, kerajaan menyediakan dua platfrom atas talian:
SEMAKAN PENYATA PENCEN JPA MELALUI ONLINE (PORTAL)
- Pengguna perlu layari portal rasmi – PENYATA BAYARAN PENCEN JPA
- Isikan nombor kad pengenalan dan nombor akaun pencen anda. Pastikan anda mengisi butiran yang tepat.
- Buat pilihan tahun dan tandakan pada ‘Im not a Robot’ untuk pengesahan Captcha, klik ‘Hantar’
- Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan.
NOTA:
Untuk memastikan proses pengemakinian penyata anda lancar, pastikan anda membuat semakan beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.
SEMAKAN PENYATA PENCEN JPA MELALUI APLIKASI MyPESARA
Selain daripada membuat semakan melalui portal rasmi di atas, pesara juga boleh memuat turun aplikasi MyPESARA.
Muat turun aplikasi ini di:
- Pengguna Android: Google Play
- Pengguna Sistem iOS: App Store
JADUAL PEMBAYARAN PENCEN JPA TAHUN 2022
Berikut merupakan jadual pembayaran pencen JPA untuk tahun 2022 buat rujukan anda:
Kesimpulan Semakan Penyata Pencen JPA
Semuanya mudah dengan perkhidmatan atas talian yang disediakan bagi memudahkan urusan pesara kerajaan untuk membuat semakan penyata pencen bulanan mereka.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain. Sebarkan informasi untuk membantu memudahkan urusan mereka khususnya pesara-pesara kerajaan.
TERIMA KASIH