Permohonan Dan Semakan JKM Online?
Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada membuka permohonan untuk memperoleh bantuan kewangan?
Macam mana nak buat permohonan?
Jangan risau, artikel kami hari ini Permohonan Dan Semakan JKM Online merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan untuk membuat semakan dan juga permohonan.
Mari teruskan membaca!
Isi Kandungan
Permohonan Dan Semakan JKM Online
Pemberian bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Berikut merupakan jenis bantuan yang diberikan, cara permohonan dan cara semakan status permohonan:
SENARAI BANTUAN JKM
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Am Persekutuan
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
PERMOHONAN BANTUAN JKM SECARA ONLINE
Berikut adalah langkah-langkah permohonan atas talian/online:
Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut:
- Daftarkan permohonan anda mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang-borang yang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
NOTA:
Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
DOKUMEN PENTING PERMOHONAN
Semasa hadir ke pejabat, bawa dokumen-dokumen penting berikut:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/alat tiruan)
Borang Berkaitan
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN JKM
Bagi yang telah melengkapkan permohonan Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status permohonan adalah seperti berikut:
- Anda perlu membuat akses pada pautan berikut : Semak Status Permohonan eBantuan JKM
- Kemudian seperti yang ditunjukkan di rajah di atas, klik ‘Semakan Status Permohonan Atas Talian’
- Selepas itu anda perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang ‘Semak’
NOTA:
Senarai hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat
MAKLUMAT PERMOHONAN BANTUAN JKM
Kepada yang belum membuat permohonan, berikut kami kongsikan maklumat berkaitan proses permohonan:
- Melengkapi keperluan asas sebagai cara untuk membantu meringankan beban penerima bantuan
- Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan
- Sebagai alat pemulihan untuk penerima bantuan terus kekal tinggal bersama masyarakat atau komuniti
- Untuk dijadikan sumber kewangan sementara buat penerima bantuan menerukan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Maklumat Lanjut Permohonan Dan Semakan JKM Online
Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi:
Alamat
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon
- 03-8000 8000
Faks
- 03-8323 2045
Emel
Kesimpulan
Kami berharap perkongsian ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda yang benar-benar memerlukan di saat yang getir ini.
Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini.
Selamat maju jaya kami ucapkan!