Sebelum membuat Semakan Elaun Permohonan Pingat Jasa Malaysia, Kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai Pingat Jasa Malaysia ini,Elaun PJM adalah Bantuan kewangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya
Isi Kandungan
Apa Itu Pingat Jasa Malaysia (PJM)
Untuk makluman anda, Pingat Jasa Malaysia (PJM)diwujudkan adalah dengan limpah perkenan Kepala Utama Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia bagi menghargai sikap keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang cemerlang dalam menjalankan kewajipan oleh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat.
PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang berkhidmat atau telah terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM atau telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas bagi tempoh dari 01 Januari 1969 hingga 02 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
PJM adalah Campaign Medal telah dizahir berdasarkan undang-undang bertulis yang diluluskan oleh Parlimen atau badan yang berkuasa membuat undang-undang (statut) yang bertarikh 03 Mac 2004 dan telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Di dalam perkhidmatan, sesuai dengan statutnya sebagai Campaign Medal, pingat ini telah dimartabatkan sebagai pingat terkanan dan kekanan susunan berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya.
Pingat ini berbentuk bulat diperbuat daripada tembaga bersadurkan warna perak. Permukaan di bahagian hadapan buah pingat tertera ukiran timbul Jata Malaysia dan di bawahnya tertulis perkataan JASA MALAYSIA. Manakala di sebelah belakangnya tertera ukiran timbul peta Malaysia dan tulisan P.J.M. Reben berwarna Merah memberi maksud keberanian dan kepahlawanan. Warna Biru Tua menunjukkan perjuangan sentiasa disanjung dan disokong rakyat. Warna Kuning menunjukkan kedaulatan Raja-raja sebagai Ketua Utama Negeri-negeri dan Jajahan Persekutuan Malaysia.
Siapakah yang layak Memohon
Berikut merupakan maklumat yang kami perolehi mengenai kelayakkan untuk memohon:
Veteran ATM*
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
* Tanpa mengira tempoh khidmat.
Kadar Bantuan PJM
Kadar bantuan adalah maksimum RM5,000 di bayar secara sekaligus.
Syarat-syarat Permohonan PJM
Syarat permohonan adalah, Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kejadian bencana alam yang berlaku.
Cara membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah melengkapkan borang. Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap. Permohonan akan disemak untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
Semakan Permohonan Kebajikan JHEV
Untuk semakan, pemohon boleh terus membuat semakan di laman rasmi di SINI Malumat lanjut mengenai permohonan, semakan dan pertanyaan lain, pemohon di nasihatkan menghubungi Kakitangan JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000
Kesimpulan
Kami berharap dengan maklumat ringkas mengenai Semakan Permohonan PJM yang kami sampaikan ini dapat membantu meringankan beban anda dalam memberikan yang terbaik untuk anda. Selamat maju jaya kami ucapkan.