Bagaimana cara untuk Semakan Permohonan PTPTN
Pemberitahuan hari menyediakan khas untuk anda panduan Semakan Permohonan PTPTN.Mudah dan ringkas sahaja, apa tunggu lagi, jom teruskan membaca!
Isi Kandungan
Semakan Permohonan PTPTN
Untuk Semakan Permohonan PTPTN, hanya terdapat pilihan Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang boleh di semak di sini Semakan WPP
Berikut kami sediakan maklumat-maklumat yang anda perlukan berkenaan dengan pinjaman PTPTN:
PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
PERMOHONAN PINJAMAN KALI PERTAMA
Bagi peminjam kali pertama, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN terlebih dahulu.
Nombor PIN boleh dibeli online melalui portal rasmi PTPTN. Caranya:
- Masuk ke portal pembelian no. PIN PTPTN
- Pilih “Beli No. PTPTN & Mohon Pinjaman”
- Isi borang permohonan dan klik “Daftar”
- Terus ke proses pembayaran
- Buat pembayaran menggunakan perbankan Internet
- Selesai. Anda kini boleh membuat permohonan baru menggunakan no. PIN yang dibeli tadi
Bagi peminjam sedia ada yang ingin memohon semula PTPTN, anda boleh terus log masuk ke akaun PTPTN anda dan buat pembelian nombor PIN.
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN yang terkini:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan;
- Mendapat tawaran ke Universiti Awam / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.
- Jumlah pinjaman ditentukan oleh pendapatan isi rumah.
- Sekiranya penjaga / ibu bapa pelajar merupakan penerima Bantuan Sara Hidup maka pelajar akan mendapat maksimum pinjaman.
- Manakala bagi pelajar dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM8,000 anda layak menerima 75% jumlah pinjaman.
- Bagi keluarga berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan, anda cuma layak untuk memohon 50% dari jumlah pinjaman.
Untuk lebih jelas anda boleh rujuk jadual pinjaman di bawah:
SEMAKAN PINJAMAN DAN PENYATA PTPTN, BAYARAN BALIK DAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN
SEMAKAN BAKI PINJAMAN DAN PENYATA
Semakan baki pinjaman PTPTN atau penyata PTPTN kini boleh dibuat secara online dengan melayari portal Penyata Online.
Dalam sistem tersebut ada memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik anda.
Pengguna kali pertama perlu mendapatkan kata laluan dari PTPTN terlebih dahulu.
BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Setiap peminjam WAJIB membayar balik pinjaman PTPTN termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
Terdapat empat cara bayaran balik PTPTN. Jadi tidak ada alasan untuk peminjam culas membayar semula pinjaman anda kerana PTPTN telah memudahkan anda membuat bayaran balik sama ada melalui:
- Pemotongan gaji
- Direct debit
- Sila klik di – JomPay (Bayar PTPTN Melalui JomPay)
- myPay
Bayaran balik perlu dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis dari PTPTN.
Kegagalan membuat bayaran balik akan dikenakan tindakan penyenaraian peminjam dalam rekod CCRIS.
Untuk mengelakkan nama anda termasuk senarai CCRIS, pastikan anda membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Bagi yang ingin membuat penangguhan bayaran balik, anda boleh memohon dari PTPTN.
Namun perlu diingatkan, kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan. Hanya golongan berikut layak memohon penangguhan bayaran balik:
- Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
- Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.
- Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).
- Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksima yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman.
- Peminjam yang menerima penajaan lain, Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih.
- Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan hanya dipertimbangkan setelah kos guaman diselesaikan.
Tempoh penangguhan biasanya diberikan sepanjang tempoh pengajian baru. Bagi yang tidak bekerja, tempoh penangguhan maksimum selama 24 bulan sahaja.
Penangguhan ini tidak menghalang PTPTN dari menyenaraikan nama peminjam dalam rekod CCRIS.
NOTA: Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pinjaman PTPTN ini sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah.
Pertanyaan Pinjaman dan Pembayaran Semula PTPTN
KESIMPULAN
Kongsikan maklumat mengenai PTPTN ini kepada keluarga, saudara mara atau rakan-rakan anda Kami harapkan artikel kami pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan persoalan-persoalan anda.
Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya dan tahniah kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran.
TERIMA KASIH