Pemberitahuan » Panduan » Semakan Permohonan Rumah Selangorku 2020 Online

Semakan Permohonan Rumah Selangorku 2020 Online

Semakan Permohonan Rumah Selangorku.

Warga Selangor yang mengidamkan kediaman sendiri kini boleh membuat permohonan Rumah Selangorku dimana ianya inisiatif khas yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor.

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan bagaimana caranya untuk anda membuat semakan permohonan anda lulus atau tidak?

Artikel Thesumber hari ini Semakan Permohonan Rumah Selangorku 2020 Online kami bawakan khas buat rujukan anda yang berminat.

Jom baca!

Semakan Permohonan Rumah Selangorku 2020

Bagi mereka yang berminat tetapi masih belum membuat permohonan berikut kami sediakan panduan mudah untuk anda:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon :

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum lagi memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Satu permohonan saja untuk setiap isi rumah
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

buy house in 2017 1024x576 29 51 894310 - Semakan Permohonan Rumah Selangorku 2020 Online

PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU 2020

CARA PERMOHONAN:

  1. Buat permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
  2. Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS belum dibuka.
  3. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran

DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  6. Penyata KWSP (jika ada)
  7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Baca Juga :  Semakan PPAM Permohonan Perumahan Penjawat Awam Online

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Cara buat semakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari laman web SEMAK STATUS RUMAH SELANGORKU
  • Pilih tab ‘Semak Status’
  • Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  • Klik pada butang ‘Semak’

PERMOHONAN YANG BERJAYA

Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.

Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.

Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA

Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Permohonan Rumah Selangorku

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Rumahku Selangor ini anda boleh hubungi:

  • LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau
  • e-mel terus ke aduan@lphs.gov.my, e.aduanupkb@gmail.com
  • Alamat: Tingkat 5, Podium Utara,Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH