Pemberitahuan » Panduan » YAPEIM:Permohonan Dan Semakan Dana Inspirasiku Malaysia

YAPEIM:Permohonan Dan Semakan Dana Inspirasiku Malaysia

Sebelum membuat Semakan Permohonan Yapeim pihak kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai dana ini.  Tahukah anda melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, YAPEIM akan mensasarkan bantuan kepada seramai 40,000 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga yang berkelayakan dan kurang berkemampuan, serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk diberi bantuan.

APA ITU DANA INSPIRASI MALAYSIA (INSPIRASIKU) YAPEIM?

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Antara matlamat utama dana ini ialah:

  1. Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  2. Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  3. Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  4. Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA SECARA ONLINE

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan.

Permohonan boleh dibuat secara online bermula Disember tahun lepas sehingga tarikh tutup.

Untuk permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati di sini:

  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
  • Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM “yapeim.my”

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/ Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Permohonan kategori pelajar sekolah hendaklah diisi oleh ibu bapa atau penjaga. Manakala bagi permohonan bantuan IPT boleh diisi boleh pelajar sendiri.

Baca Juga :  Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

Dan menariknya bantuan ini tidak dihadkan untuk seorang anak sahaja. Setiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan. Sekiranya anda pernah dapat Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda masih boleh memohon kali kedua dan seterusnya sekiranya masih layak.

PENGURUSAN DOKUMEN YaPEIM

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:

  1. Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM
  2. Pos laju /ekspress ke ibu pejabat YaPEIM
  3. Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  4. Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan
  5. Pejabat YaPEIM Negeri

Alamat Ibu Pejabat YaPEIM
(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur)

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang di SINI

SYARAT AM PERMOHONAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara syarat am permohonan:

  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan ini ialah:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dana ini, sila hubungi nombor +603 2717 2717 atau emel ke inspirasiku@yapeim.my

SEMAKAN STATUS BANTUAN YAPEIM FASA 1, 2 DAN CARA SEMAKAN YAPEIM

Untuk membuat semakan permohonan, pemohon perlu layari laman web http://eamal.yapeim.my/semakan masukkan no kad pengenalan kemudian tekan butang SEMAK untuk semakan keputusan permohonan yapeim

Semakan Dana Inpirasiku Yapeim - YAPEIM:Permohonan Dan Semakan Dana Inspirasiku Malaysia

PERHATIAN: Anda Hanya Perlu Menggunakan MyKad (12 digit) sahaja. CONTOH: 90XXXXXXXX
NOTA: SEDANG DIPROSES bermaksud borang-borang yang dihantar secara manual sedang diimbas dan dimuatnaik ke dalam sistem. Oleh itu, No KP yang dimasukkan mungkin sedang di dalam proses tersebut. Sila abaikan sekiranya anda tidak membuat permohonan.

KESIMPULAN SEMAKAN PERMOHONAN YAPEIM

Kami berharap dengan maklumat ringkas mengenai semakan permohonan bantuan YaPEIM yang kami sampaikan ini dapat membantu meringankan beban anda dalam memberikan yang terbaik untuk menyediakan anak-anak ke alam persekolahan dan juga Institut Pengajian Tinggi. Selamat maju jaya kami ucapkan.