Pemberitahuan » Informasi » Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020 Online

Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020 Online

Bagaimana cara untuk anda membuat semakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tingkatan 4 tahun 2020 secara online? 

Anak anda ada membuat permohonan penempatan SBP tingkatan 4 untuk tahun 2020 ini?

Kalau ada jangan risau, Pemberitahuan kali ini memberikan anda maklumat yang dapat membantu memudahkan urusan kemasukan anak ke SBP iaitu Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020 Online

Jom, kita semak bersama.

Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020 Online

Permohonan SBP tingkatan 4 dibuka bulan Ogos tahun lepas di mana ibu bapa boleh mengisi borang permohonan online sebelum PT3 diumumkan.

Ibu bapa boleh membuat semakan tawaran penempatan SBP tingkatan 4 anak-anak anda bagi tahun 2020 bermula pada hari ini, 8 Januari hingga – 13 Januari 2020.

Keputusan SBP tingkatan 4 ini boleh dibuat secara online di link yang kami sediakan ini:

https://ss4.moe.gov.my

Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SBP melalui saluran berikut:

  • Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 2020

Untuk memohon SBP, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya
  • Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Murid mestilah mengambil ujian UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh) sebagai salah satu syarat kelayakan. Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan anda, keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Baca Juga :  Tarikh Bayaran Faedah SOCSO 2021 (Jadual Bayaran SOCSO)

Tawaran penempatan SBP adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan. Bagi murid yang berjaya, anda diminta untuk cetak surat tawaran dan bawa bersama ketika proses pendaftaran nanti.

Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan IC, salinan sijil-sijil kokurikulim dan sebagainya ketika hari pendaftaran. Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.

ALIRAN MATAPELAJARAN TINGKATAN 4

Terdapat lima (5) aliran matapelajaran bagi kemasukan tingkatan 4 SBP, antaranya:

Aliran Sains Tulen

  • BM
  • BI
  • Sejarah
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Aliran Sains Tulen Agama

  • BM
  • BI
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Pend. Al-Quran & Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Aliran Agama Ikhtisas

  • BM
  • BI
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Pend. Al-Quran & Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

Aliran Sains Teknikal

  • BM
  • BI
  • Sejarah
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Teknologi Kejuruteraan

Aliran Sains Sosial

  • BM
  • BI
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

RAYUAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Bagi murid yang gagal dan ingin membuat rayuan tawaran ke SBP ini, anda boleh membuat rayuan ke SBP terus secara online. Pelajar yang berkenaan boleh mengisi borang rayuan secara online.

Untuk info mengenai urusan rayuan ke sekolah asrama penuh ini. sila layari portal rasmi KPM

KESIMPULAN

Pemberitahuan berharap maklumat yang kami kongsikan ini dapat membantu anda membuat semakan tawaran penempatan SBP tingkatan 4 anak-anak anda dan sekali gus memudahkan segala urusan kemasukkan mereka ke SBP.

Tahniah kepada mereka yang berjaya! Kepada yang gagal, jangan putus asa, teruskan usaha anda untuk membuat rayuan. Selamat berjaya!

TERIMA KASIH