Pemberitahuan » Panduan » Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

Semakan Semula Keputusan SPM.

Macam mana nak buat permohonan semakan semula keputusan SPM khususnya buat adik-adik yang mengambil keputusan SPM 2021?

Mudah sahaja.

Pemberitahuan sediakan entri Semakan Semula Keputusan SPM 2021 Secara Online hari ini khas buat adik-adik lepasan SPM 2021 yang memerlukan panduan.

Jom baca!

Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

Makluman buat ibu bapa dan para pelajar yang kurang berpuas hati dengan keputusan SPM 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022 anda boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM tersebut dengan cara mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

PERATURAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2022

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
  3. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  4. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
    bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  5. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

5a4de0bd05005 - Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

2 CARA MUDAH PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Terdapat 2 kaedah yang disediakan bagi memudahkan urusan ibu bapa dan pelajar yang ingin membuat permohonan iaitu:

ISI BORANG PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM ONLINE

  1. Pemohon perlu layari Portal e-Lembaga Peperiksaan
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  4. Sila isikan borang permohonan secara online dengan lengkap.
Baca Juga :  Permohonan Dana Pemulihan PKS (BNM) Sehingga RM500,000

Untuk permohonan bagi pelajar yang mendapat keputusan ‘T‘ adalah seperti berikut;

  1. Pemohon perlu layari Portal e-Lembaga Peperiksaan 
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Tiada caj dikenakan.
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

NOTA:

Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

ISI BORANG PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM SECARA MANUAL

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020)
  2. Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.
  3. Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan yang lengkap adalah seperti berikut:
    • Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2021
    • Sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

CAJ BAYARAN

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

PERMOHONAN MELALUI POS

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

PERMOHONAN MELALUI KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

  • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan,
  • Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan
  • dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.
  • Tulis perkataan ‘SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM’ pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak berkenaan di saluran berikut: