Pemberitahuan » Terkini » Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan

Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan

Semakan Skim MySalam B40.

Makluman kepada anda yang ingin membuat semakan skim MySalam B40, Anda kini boleh membuat semakan kelayakan untuk anda membuat permohonan skim perlindungan kesihatan ini.

MySalam adalah sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Berikutan dengan perkara di atas Pemberitahuan dengan artikel kami hari ini Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan kami sediakan khas untuk rujukan anda yang berkenaan.

Segala informasi yang cari mengenai MySalam juga kami sediakan disini.

Jom baca artikel kami.

Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN MySALAM

  1. Layari: PORTAL RASMI SKIM MySALAM
  2. Pada bahagian ‘Semak Kelayakan’ masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-)
  3. Screenshot 2021 04 19 mySalam Skim Perlindungan Masyarakat1 - Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan
  4. Klik ‘Semak’
  5. Status kelayakan permohonan anda akan dipaparkan.

Rujuk maklumat di bawah untuk memahami syarat kelayakan permohonan Skim MySALAM.

Screenshot 2021 04 19 mySalam Skim Perlindungan Masyarakat - Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan

SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM MySALAM

Anda layak memohon skim ini sekiranya anda:

  1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  2. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  3. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  4. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

MANFAAT UNTUK PENERIMA BSH:

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

NOTA:

Makluman kepada pemohon yang berada di dalam tempoh kuarantin, anda boleh membuat tuntutan mySalam sebanyak RM50/SEHARI

  • Minimum Tuntutan: Sehari
  • Maximum Tuntutan: 14 Hari
Baca Juga :  Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021

CARA-CARA PERMOHONAN SKIM MySALAM

  1. Pemohon perlu layari laman web berikut: http://www.mysalam.com.my/
  2. Isikan nombor kad pengenalan anda di ruang yang disediakan (tanpa -)
  3. Klik ‘Semak’ dan lihat status anda samada ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK LAYAK’

Sekiranya anda layak, berikut kami kongsikan cara membuat tuntutan Skim Mysalam.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM MySALAM

TUNTUTAN SECARA ONLINE

Untuk membuat tuntutan secara online anda perlu:

  1. Log masuk ke: PORTAL RASMI SKIM MySALAM. Kemudian klik pada ‘LOG MASUK KALI PERTAMA’ untuk yang baru pertama kali mendaftar. Mereka yang telah mendaftar boleh terus login seperti biasa.
  2. Kemudian, anda hanya perlu kemaskini profile, isikan semua maklumat yang diminta, sertakan sekali dengan dokumen yang diperlukan kemudian klik ‘Hantar’
  3. Anda kini hanya perlu menunggu keputusan permohonan.

TUNTUTAN SECARA MANUAL

Tuntutan secara manual adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu kunjungi mana-mana Kiosk MySalam yang berdekatan dengan anda.
  2. Dokumen yang anda perlu bawa bersama adalah salinan kad pengenalan, borang Annex 14 & 17.
  3. Serahkan dokumen-dokumen tersebut kepada pegawai yang bertugas.

Kesimpulan Semakan Skim MySalam B40

Untuk sebarang pertanyaan mengenai skim ini anda boleh terus hubungi atau layari:

  1. Telefon : 1-300-88-8938
  2. Email : info@mysalam.com.my

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan khususnya mereka yang mengalami penyakit-penyakit kritikan dan layak menerima tuntutan ini.

Pastikan juga anda sentiasa mematuhi yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang mengancam nyawa dan membebaskan negara daripada pandemik ini.

TERIMA KASIH