Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020 Online

Semakan Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020 Online

Posted on

Macam mana cara anda nak buat semakan tawaran penempatan SBP Tingkatan 1 bagi tahun 2020 secara online? 

Mujur kami Jutawan Online sentiasa menyediakan maklumat terkini yang dapat membantu menyelesaikan persoalan-persoalan anda!

Artikel kami hari ini kami sediakan anda Cara Semak Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 (2020). Mudah sahaja, tak susah pun.

Apa tunggu lagi?

Jom, teruskan bersama kami!

TARIKH SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN SBP

Bagi ibu bapa yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2020, semakan tawaran penempatan SBP Tingkatan 1 boleh dibuat bermula 18 Disember jam 3 petang di portal rasmi KPM.

Bagi kemasukan tingkatan 4, keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya Januari tahun depan (biasanya selepas keputusan PT3 diumumkan).

Bagi murid yang tidak layak, permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh sama.

Semakan Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020 Online

Permohonan kemasukan SBP tingkatan 1 hanya terbuka untuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Setiap murid yang memenuhi kriteria di atas akan diminta untuk mengambil Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau UKSBP sebagai salah satu syarat kelayakan.

Berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid tingkatan 1 SBP:

Semakan Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020 Online

Untuk makluman, permohonan SBP 2020 telah pun ditutup bulan September lepas.

Kini ibu bapa hanya menunggu keputusan SBP Tingkatan 1 bagi mengetahui di mana anak mereka akan ditempatkan. Terdapat 68 buah SBP seluruh Malaysia. Penempatan SBP bergantung kepada permohonan dan keputusan KPM sendiri.

Baca Juga :  Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Semakan tawaran penempatan boleh dibuat di PAUTAN YANG KAMI SEDIAKAN INI:

https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/

Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SBP melalui saluran berikut:

  • Laman sesawang KPM: www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS

Tawaran adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan.

Bagi murid yang berjaya, anda diminta untuk cetak surat tawaran dan bawa bersama ketika proses pendaftaran nanti.

Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan IC, salinan sijil-sijil kokurikulim dan sebagainya ketika hari pendaftaran.

Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.

RAYUAN SBP

Bagi murid yang gagal, anda boleh membuat rayuan ke SBP 2020. Permohonan rayuan akan dibuka pada 18 Disember hingga 7 Januari 2020. Murid boleh mengisi borang rayuan secara online.

Keputusan rayuan akan diumumkan penghujung Januari tahun 2020.

Untuk info lanjut layari portal rasmi KPM.

KESIMPULAN

Pemberitahuan berharap maklumat yamg kami sediakan kali ini dapat membantu ibubapa untuk buat persiapan yang sepatutnya bagi anak-anak mereka yang berjaya mendapat penempatan di SBP.

Kepada mereka yang gagal, masih ada masa untuk anda melakukan proses rayuan untuk ke SBP. Jangan mudah putus asa dan semoga segala urusan adik-adik dipermudahkan

Kami berharap agar adik-adik berjaya mendapatkan penempatan di SBP dan sukses selalu di dalam pembelajaran.