Pemberitahuan » Panduan » Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia IYRES Online [SKIM PENJANA]

Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia IYRES Online [SKIM PENJANA]

Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia.

Tahukah anda terdapat satu portal pelbagai manfaat yang telah dibangunkan khusus untuk membantu para belia di Malaysia?

Anda berminat?

Artikel kami hari ini Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia IYRES Online [SKIM PENJANA] kami sediakan sebagai panduan buat golongan belia yang berminat.

Jom baca!

Apakah Sistem eBelia IYRES?

Dalam usaha membantu golongan belia menghadapi pasca pandemic COVID-19, Kementerian Belia dan Sukan atau KBS berperanan menyediakan satu platform kepada belia untuk mendapatkan maklumat berhubung inisiatif yang disediakan dan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan seperti peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan.

Portal eBelia IYRES ini khusus untuk membantu para belia di Malaysia yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi.

Menerusi portal ini, para belia boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi seperti:

  • Peluang-peluang pekerjaan.
  • Peluang-peluang penciptaan pekerjaan termasuklah keusahawanan dan gig ekonomi.
  • Peluang pembangunan latihan dan kemahiran.
  • Peluang dana-dana dan kemudahan oleh kerajaan.
  • Informasi-informasi semasa berkaitan belia.

FINALLOGO11022014x.jpg.transformed - Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia IYRES Online [SKIM PENJANA]

Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia

Kami kongsikan kepada anda maklumat-maklumat penting mengenai ebelia IYRES dan langkah-langkah mendaftar di bawah buat rujukan mereka yang berminat:

REBUT PELUANG PEKERJAAN DI eBELIA IYRES

Hasil kolaborasi antara KBS dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah membangunkan Portal eBelia IYRES ini.

Menerusi kolabrasi KBS dan MDEC, program yang dinamakan Gig Youth X-Pose telah diwujudkan untuk meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan dalam menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal.

Terdapat 3 program utama dibawah Gig Youth X-Pose:

  • Gig Youth: Menfokuskan kepada belia yang berminat untuk melakukan kerja-kerja secara terus dengan pelanggan seperti rider FoodPanda, data entry of online forms, kru menjalankan tinjauan dan event crew.
  • Digital Freelance: Menfokuskan kepada belia yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor, pereka grafik dan recruiter.
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri berjumlah RM35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.
Baca Juga :  Daftar & Aktifkan i-Akaun KWSP Online

PORTAL PEKERJAAN EISJOB

Portal Pekerjaan EISJob ini akan membantu para belia dan graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Melalui portal ini juga, para belia dan graduan yang berdaftar juga akan dilibatkan secara aktif untuk menyertai Program Pasaran Buruh Aktif Semasa, Siri Program Temuduga Terbuka, dan Program Kebolehpasaran pekerjaan oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri yang dianjurkan oleh PERKESO.

IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

Golongan belia yang berminat juga boleh menjadi IYRES Community Enumerator (ICE) melalui portal ini.

Apa itu ICE?

ICE adalah kumpulan belia yang bertindak sebagai Crew ICE yang membantu menjalankan aktiviti penyelidikan secara empirikal di pelbagai peringkat sama ada menjadi enumerator, pengekod data, dan transcriber.

LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR KE SISTEM EBELIA IYRES

Berikut kami kongsikan langkah-langkah untuk mendaftar di dalam Portal E-Belia:

Langkah 1:

Langkah 2:

  • Klik daftar.

Langkah 3:

  • Isikan maklumat lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, kata laluan, dan alamat emel.

Langkah 4:

  • Setelah selesai, klik daftar pengguna.

Langkah 5:

  • Pergi ke emel anda dan klik butang pengesahan yang terdapat dalam emel tersebut.

Langkah 6:

  • Anda akan dibawa ke tab browser yang baharu dan memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda telah berjaya.

Langkah 7:

  • Kemudian, anda boleh untuk log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan anda.

Langkah 8:

  • Setelah anda berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan dashborad profil anda.

Langkah 9:

  • Klik MyDashboard dan kemudiaan klik Kemaskini Profil pada side menu untuk mengemaskini profil anda.

Langkah 10:

  • Selain daripada itu, anda juga boleh mengemaskini pengalaman terdahulu dan dokumen sokongan anda menerusi side menu tersebut.

Maklumat Lanjut Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia

Belia yang ingin mendapatkan info atau maklumat yang lebih lanjut mengenai portal ini, anda boleh melayari laman web http://ebelia.iyres.gov.my/.

Anda juga boleh menghubungi pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan di talian +603-8871 3344/3389 atau emel : info[at]iyres.gov.my.

Kesimpulan Sistem Permohonan Pekerjaan eBelia

Semoga artikel kami hari ini memberi manfaat kepada golongan belia di Malaysia khusunya buat mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH