Pemberitahuan » Terkini » SITUASI TERKINI: 3 Lagi Positif Coronavirus di Malaysia

SITUASI TERKINI: 3 Lagi Positif Coronavirus di Malaysia

SITUASI TERKINI: 3 Lagi Positif Coronavirus di Malaysia?

Wabak Coronavirus yang menyerang Wuhan, China awal Januari kini mula melanda beberapa buah negara dimana sebilangan kecil telah disahkan positif Coronavirus dan kerajaan melakukan sedaya yang mereka mampu untuk menghentikan penyebaran wabak yang masih misteri ini.

Manakala rakyat khususnya rakyat Malaysia sendiri perlu melakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan dijangkiti wabak yang tiada penawarnya buat masa kini. Walaupun dikatakan ia hanya menjangkiti mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah dan masalah pernafasan namun langkah berjaga-jaga masih perlu diambil.

SITUASI TERKINI: 3 Lagi Positif Coronavirus di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia baru -baru ini mengesahkan tiga lagi kes terbaru coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan rakyat China, menjadikan tujuh kes direkod di negara ini setakat ini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan berkata di dalam satu kenyataan berkata dua kes baru itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sementara seorang lagi disahkan positif adalah menantu perempuan kepada kes coronavirus pertama di Singapura iaitu lelaki berumur 66 tahun.

Beliau berkata, tiga kes terbaharu ini adalah individu yang direkodkan dalam Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan novel coronavirus.

“Justeru, dari 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 78 orang; yang mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

SUMBER: bharian.com.my

Manakala, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan tiada keperluan untuk menghantar pulang pelancong dari Wuhan, China ekoran negara itu sudah mengeluarkan arahan sekatan penerbangan dua hala bagi destinasi yang dilanda wabak coronavirus baharu.

Baca Juga :  Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghentikan pengecualian visa yang diperuntuk kepada pelancong dari China.

“Kerajaan kini mengambil kira pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu belum sampai tahap untuk menyekat kedatangan pelancong dari China,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kluster Novel Coronavirus (2019 nCoV).

SUMBER: bharian.com.my

CARA MELINDUNGI DIRI ANDA DARIPADA JANGKITAN CORONAVIRUS

1. Jaga kebersihan

Anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri pada tahap tertinggi seperti mencuci tangan dengan kerap menggunakan air atau pencuci tangan. Adalah digalakkan mencuci tangan sekurang-kurangnya setiap 20 saat.

2. Perkara YANG PERLU dilakukan jika terpaksa ke tempat berlaku wabak

Jika anda terpaksa ke tempat yang terlibat wabak tersebut, anda haruslah menggunakan penutup mulut dan hidung dan juga membawa pencuci tangan. Selain itu, anda tidak digalakkan berada di tempat sesak, dan melawat ladang haiwan serta makan makanan yang tidak dimasak.

3. Dapatkan rawatan

Selepas pulang dari destinasi anda dan berasa tidak sihat, anda haruslah mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami gejala-gejala tersebut dalam tempoh 14 hari selepas tarikh lawatan. Maklumkan kepada doktor sejarah perjalanan anda.

Anda haruslah ke hospital terdekat jika anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk, pneumonia, kesukaran bernafas, cirit-birit dan muntah.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda untuk mengelakkan anda ke tempat penularan wabak ini. Malah, anda juga haruslah mengamalkan langkah-langkah pencegahan sebagai tanda berjaga-jaga.

EPICHZVUcAYtgyI - SITUASI TERKINI: 3 Lagi Positif Coronavirus di Malaysia EPICGzLU0AEhOCW - SITUASI TERKINI: 3 Lagi Positif Coronavirus di Malaysia

KESIMPULAN

Walaupun wabak Coronavirus ini kelihatan misteri dan tidak terlalu memberi impak kepada negara, kami masih berharap agar anda mengambil serius akan aspek kebersihan diri, tempat tinggal dan pemakanan.

Kami berharap anda sekeluarga sihat sejahtera dan terlindung daripada dijangkiti wabak Coronavirus ini.

TERIMA KASIH