Pemberitahuan » Informasi » Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet

Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet

Skim Internet Selangor M40.

SISM40 merupakan salah satu inisiatif menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021 yang lalu.

Rakyat Selangor khususnya boleh menikmati subsidi langganan pakej internet khas iaitu Skim Internet Selangor (SISM40).

Bagaimana?

Rakyat Selangor yang berminat boleh rujuk artikel Thesumber hari ini Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet.

Semua maklumat yang anda cari kami sediakan disini.

Jom baca!

Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet

APA ITU SKIM INTERNET SELANGOR?

SISM40 merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk memberi peluang kepada golongan M40 menikmati internet berkelajuan tinggi dengan harga minimum.

SISM40 dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Telekom Malaysia (TM) dan anda berpeluang untuk menikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps hingga 300 mbps tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile.

KELEBIHAN SISM40

Antara kelebihan skim ini adalah seperti berikut:

  • Harga yang lebih murah di pasaran.
  • Berpeluang mendapat rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan.
  • Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum.

Screenshot 2021 07 28 at 12 56 15 SISM40 819x1024 jpg WEBP Image 819 × 1024 pixels — Scaled 62 - Skim Internet Selangor M40 (SISM40): Permohonan & Pakej Internet

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendaparan atau gaji isi rumah pemohon di antara RM4,800 sehingga RM11,000.
  4. Untuk satu isi rumah, sekali langganan sahaja.
  5. Permohonan dibuka HANYA untuk INDIVIDU sahaja. TIADA permohonan untuk perniagaan atau penggunaan premis perniagaan.
  6. Pengguna ‘Perkhidmatan Unifi Home’ sedia ada TIDAK LAYAK memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan ‘Unifi Lite atau Streamyx’
Baca Juga :  Cara Update Status MySejahtera: Positif/Kontak Rapat

PAKEJ LANGGANAN INTERNET YANG DITAWARKAN

Pakej langganan internet yang ditawarkan dalam skim SISM40 adalah seperti berikut:

SISM40 FAMILY 300

  • Home Fibre 300 Mbps + 2 Sim Kad
  • Harga: RM267
  • RM30 Sebulan/Untuk 24 Bulan

SISM40 FAMILY 100

  • Home Fibre 100 Mbps + 2 Sim Kad
  • Harga: RM207
  • RM20 Sebulan/Untuk 12 Bulan

SISM40 FAMILY 30

  • Home Fibre 30 Mbps + 2 Sim Kad
  • Harga: RM177
  • RM10 Sebulan/Untuk 12 Bulan

SISM40 SINGLE 300

  • Home Fibre 300 Mbps + 1 Sim Kad
  • Harga: RM228
  • RM30 Sebulan/Untuk 24 Bulan

SISM40 SINGLE 100

  • Home Fibre 100 Mbps + 1 Sim Kad
  • Harga: RM168
  • RM20 Sebulan Untuk 12 Bulan

SISM40 SINGLE 30

  • Home Fibre 30 Mbps + 1 Sim Kad
  • Harga: RM138
  • RM10 Sebulan/Untuk 12 Bulan

SISM40 HOME 300

  • Home Fibre 300 Mbps
  • Harga: RM189
  • RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

SISM40 HOME 100

  • Home Fibre 100 Mbps
  • Harga: RM119
  • RM10 Sebulan/Untuk 12 Bulan

CARA MEMOHON SKIM INTERNET SELANGOR ONLINE

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara berikut:

  • Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI SISM40
  • Klik bahagian ‘Daftar Sekarang’ kemudian pilih pakej yang diinginkan.
  • Klik ‘Daftar’ dan isi maklumat yang diminta dengan betul dan lengkap.
  • Muat naik dokumen sokongan dibawah:
    • Kad Pengenalan.
    • Slip Gaji/Perakuan Pendapatan.
    • Bil Air/Elektrik.
    • Pengesahan Permastautinan.
  • Klik ‘Hantar’ setelah borang permohonan dan dokumen sokongan anda lengkap.

Maklumat Lanjut Skim Internet Selangor M40

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Internet Selangor (SISM40) anda boleh hubungi pihak berkenaan di saluran yang berikut:

  • Urusetia SISM40: 03-5030 4595/4596
  • E-mail pertanyaan ke alamat: admin@sism40.com.my

TERIMA KASIH