Apa itu Skim Perumahan Belia (SPB) 2020? Skim ini boleh dimohon secara online?
Jangan risau, Pemberitahuan sentiasa disini untuk membantu anda.
Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 – Permohonan Online memberikan anda pendedahan asas yang dapat membantu anda memahami konsep Skim Perumahan Belia ini. Turut disertakan cara-cara untuk memohon Skim Perumahan Belia (SPB) ini.
Jangan risau, mudah sahaja untuk anda fahami.
Teruskan bersama kami!
Isi Kandungan
APA ITU SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB) BSN MyHOME?
Skim Perumahan Belia (SPB) atau Youth Housing Scheme (YHS) adalah satu produk khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan rumah.
Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN. Melalui skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu membeli rumah pertama mereka dengan dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.
Berikut merupakan sedikit maklumat utama mengenai skim ini:
- Skim Perumahan Belia adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
- BSN menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga
pembelian untuk membiayai insurans (MRTA). - Kos dokumentasi pinjaman termasuk kos guaman adalah ditanggung oleh pembeli.
- 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
- Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
- Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah dan anda menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.
- Pinjaman ini ditawarkan bagi pembelian hartanah sama ada dalam pembinaan / telah siap atau sub-pembelian dari individu (sub-sale)
Namun skim SPB 2020 terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Apa tunggu lagi, mari kita lihat cara permohonan skim perumahan ini.
Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 – Permohonan Online
SYARAT PERMOHONAN SPB 2020
Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
- Pembeli rumah pertama sahaja
Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
- Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
- Kad Pengenalan
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
- Salinan penyata KWSP
- Surat pengesahan berkerja daripada majikan
- Borang EA/ EC
Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
- Borang B/BE dan Resit LHDN
- Surat pendaftaran syarikat (SSM)
- Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
- Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN MyHOME
Tarikh permohonan:
Tarikh buka: 1 Januari 2020
Tarikh tutup: 31 Disember 2021
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sahaja pada pautan yang kami sediakan di bawah:
PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN MyHOME
MAKLUMAT PEMBIAYAAN SPB
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan: RM100,000 (min) – RM500,00 (max)
Margin Pembiayaan
- sehingga 100% harga pembelian rumah
- MRTA/MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belia rumah
Tempoh Pembiayaan
Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
Konsep Pembiayaan
Islamik dan Konvensional
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Perumahan Belia ini sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah ini:
MyBSN – Youth Housing Scheme (YHS)
KESIMPULAN
Kami berharap perkonsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan memudahkan segala urusan anda berkaitan dengan Skim Perumahan Belia ini.
Selamat berjaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH