Skim Perumahan Mampu Milik Swasta - Permohonan Online

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta – Permohonan Online

Posted on

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta dan permohonannya secara online?

Mari Pemberitahuan bantu anda untuk memahami secara menyeluruh mengenai skim ini.

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta – Permohonan Online merangkumkan segala maklumat asas yang perlu anda ketahu mengenai skim ini. Cara memohon, syarat permohonan segalanya akan kami kupaskan di sini.

Jom teruskan bersama kami!

APA ITU SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHOME)?

Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Skim ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Pada tahun 2014, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Ini merupakan dasar yang dibina kerajaan untuk membantu anda memiliki rumah pertama anda dalam linkungan harga yang berpatutan sesuai. Rebut peluang ini dengan segera!

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta – Permohonan Online

Berikut kami kongsikan cara memohon, syarat kelayakan dan maklumat penting lain yang perlu anda ketahui;

SYARAT KELAYAKAN PEMBELI RUMAH SKIM MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah; dan
  • Pendapatan isi rumah perlu mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
  • Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah seperti berikut :

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta - Permohonan Online

NOTA:

Setiap permohonan akan disemak oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.

Baca Juga :  Cara Buat Tuntutan Skim mySalam
Cara Memohon Skim Perumahan Swasta MyHOME

Skim MyHome 2020 dijangka akan dibuka semula pada 20 Januari ini. Sekiranya berminat anda boleh mohon di portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara KPKT.

Permohonan Skim MyHome boleh dibuat melalui cara berikut :

  1. Permohonan secara atas talian di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), http://ehome.kpkt.gov.my atau di laman web KPKT (http://www.kpkt.gov.my/)
  2. Muat turun borang menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), http://ehome.kpkt.gov.my
  3. Borang-borang permohonan juga boleh didapati di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri.

Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama salinan dokumen ke JPN seperti di alamat berikut :

Ketua Pengarah

Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome)

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Aras 34, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Tel: 03- 8000 8000 Faks: 03-8891 4227

Setiap permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan

Dokumen yang dinyatakan perlu dimuat naik ke sistem MyHome.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi KPTKT. Jika anda mempunya sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor berikut 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062 atau melalui emel [email protected]

KESIMPULAN

Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada anda dan membolehkan anda menggunakan segala maklumat yang kami sediakan untuk memenuhi impian anda untuk memiliki rumah idaman anda.

Selamat berjaya kami ucapkan kepada mereka yang mereka yang ingin mencuba mendapatkan skim MyHOME ini.

TERIMA KASIH