Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang

Apa syarat-syarat kelayakan bagi Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang untuk tahun 2020?

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri nama BR1M akan ditukar kepada nama yang baharu iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH). Seperti BR1M, bantuan ini bertujuan membantu rakyat yang selayaknya untuk menerima bantuan daripada kerajaan.

Berita baik buat mereka yang berstatus bujang, anda juga tergolong di dalam kategori layak menerima Bantuan Sara Hidup 2020 ini. Anda cuma perlu memastikan bahawa anda menepati segala syarat kelayakan yang ditetapkan.

Pemberitahuan dengan entri syarat kelayakan bantuan sara hidup kategori bujang sedia membantu anda.

Bantuan Khas Untuk Golongan B40

Melalui pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan memberitahu beberapa perkara akan diperbaiki terutama sekali pengagihan bantuan kepada golongan sasaran. Lim Guan Eng berkata, BSH 2019 akan mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan B40.

Dianggarkan 4.1 juta isi rumah akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2019 ini yang melibatkan RM 5 bilion akan dibelanjakan oleh kerajaan. Dengan bantuan seperti BSH ini diharapkan dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapai peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat kini.

Bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dalam Belanjawan 2019 ini, kerajaan yakin dapat membantu rakyat terutama sekali golongan B40.

INFO TERKINI : BSH 2020 BUJANG DAN OKU

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2020.

Peruntukan sebanyak RM5 bilion disediakan dengan perluasan skim kepada 1.1 juta individu bujang serta OKU yang memenuhi kriteria berikut:

  • Berusia 40 tahun ke atas bagi individu bujang
  • Berusia 18 tahun dan ke atas bagi OKU
  • Mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan bagi individu bujang dan OKU

Masing-masing akan menerima bayaran berjumlah RM300 seorang

Sekaligus mereka layak menerima bantuan Skim Perlindungan Takaful Mysalam dengan percuma.

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang - Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang

 

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang

INFO BANTUAN SARA HIDUP BUJANG BAGI TAHUN 2019

  1. Atas saranan Perdana Menteri dan timbalannya: Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan melalui siaran media pada 19 Februari 2019 bahawa bantuan sebanyak RM100 akan diberikan kepada setiap individu yang telah berdaftar di bawah kategori bujang dalam pengkalan data BSH 2018. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima pada 28 Mac 2019 kepada lebih 3 juta individu melibatkan RM300 juta peruntukan.
  2. Untuk fasa bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
  3. Pada 28 Mac 2019, proses pembayaran BSH 2019 kategori bujang sebanyak RM100 secara sekali bayar (one-off) telah pun dijalankan.
  4. Jika penerima mempunyai akaun, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon seperti yang didaftarkan.
    Sekiranya tiada akaun, Surat Makluman BSH 2019 akan diposkan kepada pemohon dan pemohon boleh menunaikannya di Bank Simpanan Nasion (BSN).
Baca Juga :  Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor Online (RM600)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP

  1. Pasangan bukan warganegara Malaysia dan mempunyai anak warganegara (Mykad/MyKid)
  2. Pasangan merupakan warganegara Malaysia yang memiliki MyKad atau pemegang MyPR atau MyKAS
  3. Lelaki atau perempuan yang bekerja di Malaysia yang berpendapatan isi rumah bawah RM 4,000
  4. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  5. Hubungan dengan anak mestilah:
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
  • Berumur 18 tahun ke bawah atau
  • Berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS atau OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

SEBAB TIDAK LAYAK BANTUAN SARA HIDUP 

  1. Bekerja atau menetap di luar negara
  2. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  3. Pendapatan isi rumah melebih RM 4,000 sebulan
  4. Bujang yang berumur 59 tahun ke bawah *
  5. Pasangan bukan warganegara/ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak memiliki anak
  6. Transaksi pemilikan hartanah melebihi RM 500,000
  7. Pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perkongsian liabiliti terhad:
    Memiliki 2 atau lebih perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
     – Pemegang saham atau pengarah syarikat
     – Memiliki perkongsian liabiliti terhad
  8. Memiliki kenderaan bagi tahun buatan/daftar mulai tahun 2016 dan ke atas dan keupayaan enjin kenderaan seperti:
     – Kenderaan keluaran dalam negara yang melebihi 2000cc
    Motosikal yang melebihi 500cc
     – Kenderaan luar negara yang melebihi 1400cc

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang 1 - Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang

KESIMPULAN

Kami berharap info yang kami berikan ini dapat membantu anda bersiap sedia untuk segala proses yang diperlukan bagi tujuan permohonan Bantuan Sara Hidup – Kategori Bujang pada masa akan datang.

Sekiranya anda menepati segala syarat kelayakan yang ditetapkan anda boleh cuba memohon bantuan sara hidup pada masa akan datang.

Kami di Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya kepada anda.

TERIMA KASIH