Pemberitahuan » Terkini » Cara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun 2022

Cara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun 2022

Cara Tambah Simpanan KWSP.

Untuk makluman anda, kesan pandemik Covid-19 sebelum ini membebankan ekonomi negara sekaligus menjejaskan pendapatan dan ekonomi rakyat.

Oleh yang demikian, salah satu jalan yang diusahakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat adalah pengeluaran wang dari simpanan KWSP pencarum.

Namun, laporan terkini menyatakan bahawa tahap simpanan ahli KWSP semakin susut, di mana golongan Bumiputera adalah paling terkesan walaupun keadaan ekonomi sudah semakin stabil.

Pembaritahuan membawakan anda penyelesaian di dalam entri kami hari ini Cara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun 2022.

Jom baca!

Cara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun 2022

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara, pada 8 Ogos 2022 menyatakan:

Tahap simpanan ahli KWSP adalah rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah perlaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas; dan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022)

Bagi membantu untuk membendung situasi ini menjadi lebih kiritikal, pihak KWSP telah memperkenalkan kemudahan untuk menambah simpanan KWSP secara online melalui i-Akaun.

Biar betul? Macam mana tu?

Kepada sesiapa yang masih mencari kaedah mencarum untuk kesejahteraan persaraan pada yang tersayang, anda boleh berbuat demikian melalui kemudahan ‘Caruman Simpanan Tambahan’

Melalui kemudahan ini, keluarga ahli boleh sama-sama membantu menambah simpanan persaraan bagi pihak ahli secara sukarela apabila Penambah membuat bayaran caruman tambahan kepada Penerima.

Kini, KWSP telah memperkenalkan cara terkini untuk tambah simpanan dengan lebih cepat dan selamat melalui aplikasi i-Akaun!

tahap simpanan membimbangkan - Cara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun 2022

CARA TAMBAH CARUMAN KWSP DI ‘CARUMAN SIMPANAN TAMBAHAN’

Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Ahli KWSP
  • Berstatus warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap atau Bukan Warganegara (yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur bawah 55 tahun
Baca Juga :  Daftar Online Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020

NOTA:

  • Pemohon perlu membuat pendaftaran penambah simpanan/penerima simpanan sebelum membuat bayaran dengan mengisi Borang Penambah Simpanan/Penerima Simpanan – KWSP 3B ATAU secara online di i-Akaun
  • Jumlah Caruman Pilihan Sendiri tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun.
  • Penambahan simpanan boleh di buat pada bila-bila masa sehingga ahli (penerima) berumur 55 tahun.

LANGKAH-LANGKAH TAMBAH SIMPANAN KWSP ONLINE:

  • Fungsi yang dipaparkan untuk membuat tambahan simpanan KWSP ialah ‘Tambah Caruman’/Add Contribution’
  • Log Masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP anda.
  • Kemudian klik pada ‘Tambah Caruman’/Add Contribution’
  • Tetapkan amaun pilihan yang ingin dimasukkan kemudian slide untuk teruskan transaksi
  • Pilih online banking anda klik seterusnya dan akan dibawa ke portal bank berkenaan –> Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan untuk membuat transaksi bayaran
  • Muat turun resit bayaran setelah transaksi anda berjaya

Sekiranya anda masih tidak mengaktifkan i-akaun KWSP anda, boleh ikuti cara-cara di bawah:

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP ONLINE

Anda sebagai ahli KWSP boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen-dokumen sokongan di bawah:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel
  2. Lampiran MyKad (depan dan belakang)
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
  4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
  5. Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  6. Salinan Buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli

CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP ONLINE

  1. Layari laman web rasmi KWSP: kwsp.gov.my
  2. Klik pada icon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH