Pemberitahuan » Informasi » Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara?

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini telah diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada sidang Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin bersama-sama dengan pengumuman bantuan BPN. Bantuan one-off RM500 ini hanya untuk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen sebanyak RM500.00.

Nak tahu lebih lanjut?

Jom baca artikel kami!

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara

Pemberian Bantuan Khas Kewangan adalah bagi menghargai sumbangan Penjawat Awam dan pesara Kerajaan kepada negara.

Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

Pesara Kerajaan seramai 850,000 juga akan menikmati jumlah bantuan yang sama.

 

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM500 PENJAWAT AWAM & PESARA

Bayaran bantuan khas RM500 ‘one off’ ini akan dibayar pada 23 APRIL 2020 (KHAMIS) 

PEGAWAI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
  2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  3. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 juga diberikan kepada:

  1. Guru interim;
  2. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971
Baca Juga :  Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020;
  3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020; dan
  4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.

PEGAWAI YANG DIKENAKAN PENANGGUHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 ini.

Pegawai hanya layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

PESARA

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 akan diberikan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 23 April 2020 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM500.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 23 April 2020 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sebanyak RM500.00.

Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh dapatkan di pautan yang kami sediakan di bawah:

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2020

Kesimpulan 

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang layak menerima bantuan khas kewangan penjawat awam dan pesara ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan!