Pemberitahuan » Terkini » Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Untuk makluman anda bayaran BSH Fasa 3 akan dibuat Bermula 24 Julai 2020 ini.

Bagaimana?

Inginkan maklumat lanjut?

Baca artikel kami Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020. Segala maklumat yang anda perlukan kami sertakan disini.

Teruskan membaca!

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bermula 24 Julai 2020

Tarikh pembayaran BSH ini diawalkan bagi bertujuan mempercepatkan perkembangan ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.

sdsd - Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.

NOTA:

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

TAMBAHAN RM120 SEORANG (Bayaran BSH Fasa 3)

Berita baik untuk anda, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak yang berumur 18 tahun dan maksimum seramai 4 orang anak.

Ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang kebanyakannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BSH

Umum mengetahui permohonan baru / urusan kemaskini BSH telah pun dibuka pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my ataupun secara manual di mana-mana kaunter LHDN yang berhampiran.

Baca Juga :  Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seperti yang dinyatakan di atas.

SEMAKAN BSH FASA 3

Untuk membuat semakan BSH Fasa 3 status pembayaran, berikut adalah langkah-langkah sebagai rujukan:

  • Anda perlu layari Portal Rasmi BSH
  • Pilih menu ‘SEMAKAN STATUS BAYARAN’ (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
  • Buat semakan dengan memasukkan no kad pengenalan anda.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan.

dddd - Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Paparan Status

  • Dalam proses pengkreditan: Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai: Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semkan status.

Maklumat Lanjut Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3

Anda boleh mendapatkan segala maklumat dan info lanjut di laman web rasmi BSH:

PORTAL RASMI BANTUAN SARA HIDUP

Kesimpulan Semakan BSH Dan Tarikh Bayaran BSH Fasa 3

Pemberitahuan berharap agar artikel ini dapat membantu anda membuat semakan status pembayaran BSH dengan lancar dan mudah. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH