Tarikh Bayaran Faedah SOCSO.
Makluman buat penerima bayaran faedah SOCSO, bersempena dengan sambutan Deepavali pada 4 November 2021, sukacita kami kongsikan bahawa bayaran faedah berkala bagi bulan Oktober 2021 akan diawalkan ke 29 Oktober ini.
Teruskan bersama Pemberitahuan untuk perkongsian yang lebih terperinci di dalam artikel kami hari ini Tarikh Bayaran Faedah SOCSO 2021 (Jadual Semakan Bulanan SOCSO) sebagai rujukan anda.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Apa Itu SOCSO Atau PERKESO?
Untuk makluman anda SOCSO adalah singkatan kepada ‘Social Security Organisation’ ataupun dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai PERKESO singkatan kepada ‘Pertubuhan Keselamatan Sosial’
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Siapakah pekerja yang dikategorikan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969?
- Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
- Pekerja sementara atau tidak tetap juga WAJIB didaftarkan dengan PERKESO.
Tarikh Bayaran Faedah SOCSO 2021 (Jadual Semakan Bulanan SOCSO)
Semak bayaran faedah SOCSO berdasarkan jadual di bawah:
Bil. | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Januari | 29 Januari 2021 | Jumaat | 1 Februari 2021 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan |
2 | Februari | 1 Mac 2021 | Isnin | – |
3 | Mac | 1 April 2021 | Khamis | – |
4 | April | 30 April 2021 | Jumaat | 1 Mei 2021 bersamaan Hari Pekerja |
5 | Mei | 11 Mei 2021 | Selasa | 13 Mei 2021 bersamaan Hari Raya Puasa |
6 | Jun | 1 Julai 2021 | Khamis | – |
7 | Julai | 15 Julai 2021 | Khamis | 21 Julai 2021 bersamaan Hari Raya Qurban |
8 | Ogos | 1 September 2021 | Rabu | – |
9 | September | 1 Oktober 2021 | Jumaat | – |
10 | Oktober | 1 November 2021 | Isnin | TERKINI: Bayaran diawalkan ke 29 Oktober 2021 sempena Deepavali pada 4 November 2021 |
11 | November | 1 Disember 2021 | Rabu | – |
12 | Disember | 21 Disember 2021 | Selasa | 25 Disember 2021 bersamaan Hari Krismas |
APA ITU BAYARAN FAEDAH SOCSO/PERKESO?
Untuk makluman anda, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Bayaran Faedah ini terbahagi kepada 2 skim faedah SOCSO iaitu;
SKIM BENCANA PEKERJAAN
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
- Kemalangan Semasa Kecemasan
- Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Penyakit Khidmat
- Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
- Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
- Contoh Penyakit Khidmat:
- Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
SKIM KEILATAN
Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Kesimpulan Tarikh Bayaran Faedah SOCSO
Semoga perkongsian kami memberikan anda fahaman yang menyeluruh mengenai SOCSO dan bayaran faedah yang diberikan.
Sebarang maklumat lanjut anda boleh semak: SOALAN LAZIM PERKESO
TERIMA KASIH