Pemberitahuan » Terkini » Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 Online

Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 Online

Anda masih tertanya-tanya bila sebenarnya tarikh pembayaran pencen bagi tahun 2020 ini?

Tak perlu risau dan pening lagi kerana kami seperti biasa ada jawapan/solusi bagi setiap persoalan dan permasalahan anda.

Hari ini entri kami, Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 Online kami sediakan dengan harapan dapat membantu anda mendapat sekurangnya gambaran asas yang diperlukan.

Jadi tak perlu kita berlengah lagi, mari teruskan bersama kami!

Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 Online

Bayaran pencen melalui Skim A adalah pembayaran pencen bulanan secara kredit terus ke dalam akaun pesara / penerima pencen.

Skim A adalah cara pembayaran pencen bulanan kepada pesara / penerima pencen yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank pesara / penerima pencen (Skim A).

Manakala cara bayaran melalui Skim B mengkehendaki pesara / penerima pencen atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen di kaunter bank sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaun. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.

Skim B pula cara bayarannya : pesara / penerima pencen perlu hadir ke bank setiap bulan untuk mengisi borang sebelum wang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.

Pencen boleh dituntut oleh orang selain pesara / penerima pencen itu sendiri dengan syarat diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.

TARIKH PENTING PEMBAYARAN PENCEN BAGI TAHUN 2020

Berikut adalah tarikh bayaran pencen 2020 yang rasmi yang dapat kami kongsikan kepada anda. Sila rujuk kalendar 2020 untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

  • 15 Januari (Rabu)
  • 20 Februari (Khamis)
  • 19 Mac (Khamis)
  • 21 April (Selasa)
  • 15 Mei (Rabu)
  • 18 Jun (Khamis)
  • 21 Julai (Selasa)
  • 19 Ogos (Rabu)
  • 21 September (Isnin)
  • 21 Oktober (Rabu)
  • 19 November (Khamis)
  • 16 Disember (Rabu)
Baca Juga :  Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan

Bagi pesara kerajaan yang ingin menukar Skim B ke Skim A, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A dengan dilampirkan bersekali salinan kad pengenalan wakil yang dilantik.

SENARAI BANK – PERKHIDMATAN PEMBAYARAN PENCEN

Berikut merupakan senarai bank yang menyediakan perkhidmatan pembayaran pencen, antaranya:

  1. Bank Muamalat (M) Berhad
  2. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  3. Bank Simpanan Nasional
  4. Affin Bank Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Public Bank Berhad
  8. Alliance Bank Berhad
  9. RHB Bank Berhad
  10. HSBC Bank Malaysia Berhad
  11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
  12. Hong Leong Bank Berhad
  13. Agro Bank Berhad
MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang pencen layari portal pencen JPA dengan klik pada link yang kami sediakan dibawah:

http://www.jpapencen.gov.my/

PERSARAAN SEKTOR AWAM

Persaraan merupakan status seorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya (pesara). Kebiasaannya persaraan berlaku bila pekerja mencapai had umur tertentu yang telah ditetapkan.

Setiap penjawat awam yang telah mendapat pengesahan jawatan akan diberi opsyen sama ada untuk memilih skim persaraan KWSP atau skim pencen sektor awam.

SKIM CARUMAN KWSP

Jika anda memilih skim KWSP, maka caruman pekerja akan dipotong daripada gaji setiap bulan di samping caruman oleh majikan (Kerajaan). Pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat jika pencarum mencapai had umur persaraan wajib yang telah ditetapkan.

SKIM PENCEN SEKTOR AWAM

Bagi yang menolak skim KWSP, anda secara automatik memilih skim pencen sektor awam dan akan menerima Pemberian Taraf Berpencen (PTB) oleh SPA / JPA. SPA menguruskan urusan PTB untuk pegawai awam Persekutuan dan pentadbir Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

KESIMPULAN

Maklumat di atas merupakan sedikit asas-asas yang dapat kami kongsikan kepada anda mengenai tarikh pembayaran pencen dan mengenali apa itu persaraan sektor awam.

Diharapkan perkongsian daripada Pemberitahuan ini dapat memudahkan segala urusan anda.

TERIMA KASIH