Malaysia Prime Minister Office at Putrajaya, Malaysia

Tarikh Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018

Posted on

Tarikh Mengundi Bagi PRU 14 Pilihanraya Umum Tahun 2018. Sedang hangat sekarang berita mengenai Pilihanraya Umum (PRU) bagi tahun 2018. Namun anda selaku warganegara Malaysia, sudahkan anda menyemak samaada anda layak untuk mengundi atau tidak bagi pilihanraya kali ini? Teka teki berkaitan bilakah tarikh sebenar bagi PRU 14 akan diketahui tidak lama lagi kerana Parlimen telah dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018 yang lepas. PRU akan dijalankan dalam tempoh tidak lebih 60 hari selepas parlimen kerajaan yang lepas dibubarkan. Sebelum masuknya bulan Ramadhan pada tahun ini, hari mengundi dijangka akan diadakan iaitu pada sekitar awal bulan 5 (Mei).

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), akan mengumumkan Tarikh bagi penamaan calon dan juga Tarikh bagi pengundian pada PRU ke-14 pada satu siding media yang akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk makluman pembaca juga, Negeri Sarawak adalah satu-satunya negeri yang terkecuali dalam mengadakan PRN (Pilihanraya Negeri) kerana negeri Sarawak ini baru sahaja mengadakannya pada tahun 2017 yang lepas, iaitu pada 7 Mei.

Tarikh PRU 14 Khusus Untuk Penamaan Calon Serta Tarikh Mengundi (TERKINI)

Terkini pada hari ini, 10 April 2018, SPR telah mengumumkan beberapa tarikh-tarikh penting untuk PRU ke-14 ini. Di bawah ini, dikongsikan tarikh-tarikh berikut:

  • Tarikh Keluar Writ : 11 April 2018 (Rabu)
  • Hari Penamaan Calon : 28 April 2018 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal 5 Mei 2018 (Sabtu)
  • Hari Mengundi : 9 Mei 2018 (Rabu)

 

Sebelum ini, ini adalah tarikh-tarikh yang penting bagi anda yang ingin membuat rujukan:

  1. Tarikh Pembubaran Parlimen : 7hb April 2018 (Sabtu)
  2. Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) : 7 April 2018
Popular  Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Beberapa Fakta Menarik Mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 Tahun 2018

  1. Tahukah anda seramai 14,940,624 juta pemilih berdaftar adalah layak mengundi pada PRU kali ini. Ini adalah berdasarkan laporan daripada Daftar Pemilih Suku Keempat tahun 2017
  2. Selain itu pula, daripada 14.9 juta pengundi tadi,
    • 14,637,716 orang adalah pemilih biasa (orang awam)
    • 300,255 orang pemilih awal (anggota unit beruniform seperti tentera dan polis yang akan membuat undi pos)
    • 3,653 orang pengundi tidak hadir l(pengundi yang bermastautin di luar negara)
  3. Manakala bagi bilangan kerusi pula, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN yang akan dipertandingkan
  4. Sebaliknya, di Sarawak tiada Pilihanraya Negeri (PRN). PRU kali ini hanya melibatkan kerusi Parlimen kerana PRN telah diadakan pada tahun lepas, pada 7hb Mei 2017.
  5. Mantan PM, Dato’ Seri Najib akan terus mengetuai BN untuk PRU kedua (PRU ke-14) setelah menggantikan Perdana Menteri yang terdahulu, Tun Abdulllah Ahmad Badawi pada tahun 2009, iaitu pada 3 April.
  6. Untuk makluman anda juga, pembangkang pada PRU yang lepas telah memenangi 89 kerusi. Manakala, Barisan Nasional telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

TERKINI : Untuk makluman terutama bagi para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahzir Khalid telah memaklumkan bahawa cuti peristiwa khas pada 9 Mei 2018 ini. Cuti khas ini terlibat untuk semua sekolah sempena hari membuang undi PRU ke-14.

Semoga perkongsian Tarikh Mengundi PRU 14 boleh dijadikan panduan buat pemilih yang akan mengundi di kawasan yang telah ditetapkan kelak dan merancang cuti untuk balik mengundi, Selamat mengundi.

Pemberitahuan.com

Komen anda

Komen