Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1, 2, 3 (2020) Online & SMS

Bagaimana dan dimana anda nak semak tarikh pendaftaran MUET  Sesi 1, 2 dan 3 tahun 2020 secara online dan SMS? Ada laman web khas ke yang perlu anda lawati? Apa proses yang perlu anda lalui?

Pemberitahuan ada sediakan segala maklumat yang anda perlukan! Tak perlu pening-pening, kami sentiasa ada untuk memberikan maklumat terkini buat anda.

Entri kami hari ini kami bawakan anda artikel Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1, 2, 3 (2020) Online & SMS

Jangan risau, mudah sahaja, dan anda yang bakal mengambil peperiksaan MUET ini boleh merancang daripada sekarang lagi tarikh untuk mengambil peperiksaan ini tahun depan.

Apa tunggu lagi?

Jom! Teruskan bersama kami!

Malaysian University English Test (MUET)

Malaysian University English Test (MUET) merupakan salah satu cara untuk mengukur kemampuan berbahasa inggeris pelajar Malaysia.

Seluruh Universiti Awam (UA) dalam negara kita, mereka menggunakan keputusan ujian MUET sebagai salah satu syarat am kemasukan ke universiti. Pemohon yang menepati kelayakan minimum keputusan MUET serta menepati syarat yang lain layak untuk menyertai UA yang mereka inginkan jika terpilih.

Tanpa menidakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, pelajar perlu selalu mempraktikkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris bermula daripada rumah.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan dan akan mengelola ujian MUET sebagai salah satu syarat kemasukan ke UA.

Bagi memudahkan calon, MPM akan menjalankan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun. Ini bertujuan agar calon dapat mempersiapkan diri sebelum menduduki ujian MUET. Pendaftaran ujian MUET ini boleh dilakukan secara atas talian (online).

Baca Juga :  Biodata Perdana Menteri Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1, 2, 3 (2020) Online & SMS

Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan MUET tahun 2020:

TARIKH SEMAKAN PENDAFTARAN MUET

SESI 1 (MAC)
BUKA                                              TUTUP
14 November 2019                        9 Januari 2020

SESI 2 (JULAI)
BUKA                                              TUTUP
4 Februari 2020                               24 Mac 2020

SESI 3 (NOVEMBER)
BUKA                                               TUTUP
21 Mei 2020                                      8 Julai 2020

SEMAKAN PENDAFTARAN SECARA ONLINE

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan pendaftaran MUET secara online:

  1. Sila klik pautan kami sediakan:  MUET Registration Slip  dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda untuk membuat semakan
  2. Calon yang mengalami masalah seperti tiada maklumat dalam sistem, hendaklah terus berhubung dengan MPM dengan kadar segera
  3. Untuk calon sekolah atau institut, hendaklah berhubung dengan pengetua masing-masing
  4. Calon dikehendaki membuat cetakan slip pendaftaran dan membawanya ketika memasuki dewan peperiksaan.

SEMAKAN PENDAFTARAN MELALUI SMS

Selain daripada semakan secara atas talian, calon juga boleh membuat semakan melalui SMS. Untuk pengetahuan, caj akan dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20.

Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Taip MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

SEMAKAN MELALUI APPS STORE

Calon juga boleh muat turun secara percuma melalui apps store dan itunes. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat berkaitan MUET bagi sesi semasa.

Dibawah kami berikan link untuk rujukan lebih lanjut mengenai semakan melalui Apps Store:

Aplikasi MUETbyMPM

KESIMPULAN

Diharapkan maklumat yang kami berikan ini dapat membantu para pelajar di luar sana yang merancang untuk mengambil peperiksaan MUET ini pada tahun hadapan. Segala persiapan rapi kami yakin dapat anda sediakan sekiranya anda merancang daripada awal.

Selamat berjaya kami berjaya kami ucapkan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan ini.

GOOD LUCK!

 

Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1, 2, 3 (2020) Online & SMS