Pemberitahuan » Panduan » Tukar Nombor Telefon BSN Secara Online/Hadir Cawangan

Tukar Nombor Telefon BSN Secara Online/Hadir Cawangan

Tukar Nombor Telefon BSN.

Anda dah tukar nombor telefon baru untuk akaun BSN anda?

Belum lagi?

Anda perlu membuat proses kemaskini nombor telefon baharu bagi memudahkan urusan perbankan atas talian atau online di MyBSN anda.

Perlukan panduan?

Artikel Pemberitahuan Tukar Nombor Telefon BSN Secara Online/Hadir Cawangan memberikan anda informasi yang mudah difahami untuk anda mengemaskini nombor telefon BSN.

Jom baca artikel kami.

Tukar Nombor Telefon BSN Secara Online/Hadir Cawangan

Untuk makluman anda, MyBSN perkhidmatan online banking untuk memudahkan anda sebagai pelanggan bsn, menyelesaikan apa-apa transaksi melibatkan pindahan wang secara online.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman daripada sumber yang dipetik dari akaun Twitter rasmi BSN menyatakan bahawa pelanggan BSN tidak lagi dibenarkan untuk tukar nombor telefon di ATM BSN.

SYARAT-SYARAT TUKAR NOMBOR TELEFON BSN

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut terlebih dahulu:

  • Nombor telefon baru untuk kemaskini nombor di BSN
  • Bawa Kad debit atau ATM anda.
  • Bawa Kad Pengenalan
  • Wang secukupnya

CARA TUKAR NOMBOR TELEFON BSN

Cara kemaskini nombor telefon baru anda adalah seperti berikut:

LANGKAH 1: HADIR KE CAWANGAN BSN

bsn - Tukar Nombor Telefon BSN Secara Online/Hadir Cawangan

  • Hadir di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.
  • Ambil nombor dan tunggu giliran.

LANGKAH 2: ISI BORANG KEMASKINI NO TELEFON

  • Maklumkan kepada pegawai bank BSN yang sedang bertugas tentang tujuan kehadiran anda iaitu ‘Kemaskini Nombor Telefon Baru’
  • Isi borang yang diberikan oleh pegawai bank BSN dengan lengkap. Anda juga boleh membuat penukaran alamat emel pada masa yang sama.
  • Berikan semula borang tersebut kepada pegawai yang berkenaan.

LANGKAH 3: RUJUK PUSAT KHIDMAT PELANGGAN BSN

  • Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah setelah mengemaskini nombor telefon BSN, sila rujuk Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
Baca Juga :  FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Soalan Lazim (FAQ) MyBSN

Adakah perlu membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?

  • Tidak perlu. Anda boleh gunakan dan nombor kad ATM yang sedia ada

Saya nak buka akaun secara online?

  • Setakat ini BSN belum lagi menawarkan perkidmatan ini.

Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?

  • Selepas mendaftar MyBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.

Bolehkah menggunakan perkhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan myBSN?

  • Sila layari laman web BSN untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan dengan MyBSN.

Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?

  • Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

Perlukah daftar semula dengan MyBSN selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?

  • Anda tidak perlu mendaftar semuka. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam MyBSN akan sentiasa sah.

Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?

  • Dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Lalun sebagai langkah keselaman. Guna kata laluan yang berlainan

Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?

  • Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.

Bolehkah tukar kata laluan?

  • Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan.

Apakah langkah keselamatan yang perlu ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?

  • Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL BSN yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel.

Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?

  • Hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)

Adakah dikenakan bayaran menggunakan MyBSN?

  • Tiada sebarang pembayaran dikenakan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai akaun MyBSN ini anda boleh hubungi:

  • 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
  • customercare@bsn.com.my

Semoga artikel kami ini dapat membantu anda membuat apa-apa urusan dengan BSN lebih mudah dan cepat. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH