Pemberitahuan » Panduan » Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

Pada baru- baru ini kita telah dikejutkan dengan gelombang ke-2  COVID-19. Dengan angka pesakit juga semakin meningkat. Perkara ini mendatangkan kebimbangan semua pihat. Baru – baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DoctorOnCall telah melancarkan website Khidmat Nasihat secara atas talian untuk menangani kerisauan masyarakat terhadap wabak COVID-19 yang melanda negara kita ini.

Oleh itu, artikel kami pada kali ini, akan menunjukan kepada anda bagaimana anda boleh membuat ujian saringan COVID-19 ini secara online. Jom teruskan bersama kami.

Cara Buat Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

Untuk makluman anda Portal ini merupakan inisiatif  dari pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia. Anda juga dapat mengetahui status dengan melakukan ujian saringan ini secara online hanya klik pada pautan doctoroncall. Setelah anda memasuki portal tersebut anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan untuk mengetahui status risiko jangkitan COVID-19. Berikut kami sertakan gambaran mengenai portal DoctorOnCal ini.

  1. Pilih Bahasa1 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online
  2. Sila nyatakan umur anda, supaya kami dapat mengira risiko dengan lebih tepat.2 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online
  3. Adakah anda mengalami gejala demam?

    suhu badan melebihi 37.5 °C?3 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

  4. Adakah anda mengalami kesukaran bernafas kebelakangan ini?

    contohnya sesak nafas, sukar untuk menghembus atau menarik nafas4 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

  5. Adakah anda mengalami masalah batuk kebelakangan ini?5 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online
  6. Adakah anda mengalami masalah sakit tekak kebelakangan ini?6 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online
  7. Dalam tempoh 2 minggu lepas, adakah anda telah berkunjung ke kawasan berisiko tinggi COVID-19?

    Contohnya China, Macau, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Iran, Jepun atau Itali?

    Nota: Transit di lapangan terbang tidak termasuk dalam definisi lawatan ke negara-negara tersebut7 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

  8. Pernahkah anda BERHUBUNG RAPAT dengan seseorang yang PASTI SUDAH DIJANGKITI COVID-19?8 - Ujian Saringan Risiko COVID-19 Online

    Definisi Berhubung Rapat adalah tinggal serumah, melancong bersama atau rakan sekerja di ruangan pejabat yang sama

Setelah menjawab semua soalan berikut. Keputusan tentang kit ujian COVID-19 akan keluar.

Langkah-langkah pencegahan untuk penyakit berjangkit

  1. Pakai Topeng Muka
    Sentiasa memakai topeng muka jika anda tidak boleh mengelak daripada kawasan tumpuan ramai.
  2. Basuh Tangan
    Basuh tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun atau ‘hand sanitizer.’
  3. Hindari Tempat Tumpuan Ramai
    Duduk di rumah dan cuba sedaya mungkin untuk megelakkan kawasan tumpuan ramai.
  4. Tutup Mulut Ketika Batuk
    Bagi mengelakkan penyebaran kuman kepada orang sekeliling.
  5. Hindari Sentuh Haiwan Liar
    Hindari daripada sentuh haiwan liar dan makan produk-produk haiwan yang mentah.
  6. Hindari Pesakit
    Elakkan interaksi yang rapat secara fizikal dengan orang yang sakit.

Ketahui Mitos & Fakta Tentang Covid-19 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Mitos vs Fakta Berkenaan Coronavirus Novel

Mitos: Saya kerap bersin baru-baru ini, berkemungkinan saya menghidap penyakit daripada coronavirus.

Fakta: Walaupun pesakit yang dijangkiti dengan novel coronavirus mungkin mengalami gejala seperti bersin, batuk, demam dan kesusahan pernafasan, ini tidak bermakna orang yang mengalami gejala yang sama telah dijangkiti penyakit ini. Diagnosis biasa yang boleh dibuat dengan simptom yang sama adalah seperti selesema biasa, flu atau jangkitan paru-paru. Diagnosis novel coronavirus (n-CoV) hanya akan dibuat jika ujian serologi adalah positif. Walaubagaimanapun, adalah baik untuk mendapatkan konsultasi perubatan dan mendapatkan pemeriksaan darah jika anda mengalami gejala yang sama. Gejala boleh muncul pada bila-bila masa dari 2 hingga 14 hari selepas seseorang terdedah kepada virus.

Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Perniagaan Islamik BSN 2020

Mitos: Coronavirus adalah virus baru.

Fakta: Ya, tetapi tidak sama sekali ya. Wabak yang kita hadapi sekarang ialah Novel Coronavirus 2019 (n-CoV) iaitu salah satu jenis daripada keluarga Coronavirus. Strain virus ini adalah baru dan jenis coronavirus sebenarnya adalah virus lama yang telah memberikan mimpi ngeri kepada orang ramai pada tahun-tahun terdahulu. Pernahkah anda mendengar tentang SARS atau MERS? Ya, kedua-duanya sebenarnya adalah dari jenis virus yang sama, iaitu Coronavirus. SARS adalah akronim bagi sindrom pernafasan akut yang teruk dan MERS adalah Coronavirus yang berkaitan dengan sindrom pernafasan timur-tengah. Perbezaannya adalah bahawa mereka berasal daripada jenis yang sama dan merupakan strain yang berbeza. Terdapat juga strain coronavirus yang kurang membahaya di seluruh dunia yang boleh menyebabkan simptom pernafasan yang lebih ringan kepada pesakit yang mungkin tidak pernah kita dengar sebelum ini.

Mitos: Saya telah mendapatkan vaksin flu sebelum ini, jadi saya mempunyai imuniti terhadap coronavirus.

Fakta: Suntikan vaksin flu sebenarnya merupakan vaksin untuk virus Influenza. Ia adalah jenis virus yang berlainan daripada Coronavirus. Kita masih tidak mempunyai vaksin untuk melindungi diri daripada coronavirus sama ada SARS, MERS atau 2019 n-CoV yang terkini. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan jangan terlalu yakin dengan diri bahawa tidak akan dijangkiti virus kerana anda telah mengambil vaksin flu.

Mitos: Saya dilindungi daripada virus kerana saya sentiasa memakai topeng muka.

Fakta: Walaupun memakai topeng muka adalah suatu tindakan yang baik terutamanya semasa musim penularan wabak ini, adalah lebih baik untuk memakainya dengan cara yang betul dan memastikan tangan anda sentiasa bersih. Cara yang betul untuk memakai topeng muka adalah dengan memastikan bahagian berwarna sama ada biru atau hijau bergantung pada topeng yang berada di pasaran berada di luar dan untuk memastikan bahawa bahagian yang mempunyai garis besi dipasang pada batang hidung anda. Unsur yang lebih penting untuk memastikan bahawa tangan sentiasa bersih. Kerana kita menyentuh banyak benda yang kita sendiri tidak tahu, oleh itu, adalah lebih baik untuk kita menjaga kebersihan tangan kita. Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tangan adalah dengan mengamalkan cara yang betul untuk mencuci tangan dan mencucinya dengan lebih kerap. Gunakan sabun dan air ketika mencuci tangan atau menggunakan “hand sanitizer” (pembersih tangan) apabila air dan sabun tidak tersedia. Adalah lebih baik untuk mengelakkan jangkitan dengan memiliki kebersihan tangan daripada memakai topeng muka.

Sumber : doctoroncall

KESIMPULAN

Kami berharap perkongsian mengenai Covid-19 ini menjadikan anda seorang yang lebih peka terhadap kebersihan diri dan keadaan sekeliling. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda yang mencurigakan, segeralah ke klinik untuk menerima rawatan. Ambil kesempatan ini untuk mempraktikkan semua langkah-langkah pencegahan di atas dan lindungi diri anda dan keluarga daripada terkena wabak covid-19 ini.

TERIMA KASIH