Pemberitahuan » Informasi » Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun islam yang ke-3. Menerusi portal rasmi JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Pihak JAKIM telah menerbitkan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020/1441H bagi negeri-negeri seluruh Malaysia di bulan Ramadhan untuk tahun 2020 (Masihi) bersamaan tahun 1441 (Hijrah).Takwin atau jadual ini membantu seluruh umat Islam di seluruh negeri di Malaysia untuk membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak sewaktu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak.

Bagi memudahkan urusan anda yang beragama, Jabatan kemajuan Agama Islam malaysia ( JAKIM) telah berkongsi pengumuman jadual waktu imsak 2020 dan jadual waktu berbuka puasa 2020 di bulan Ramadhan untuk setiap negeri di Malaysia. Bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Pemberitahuan.com menyediakan artikel Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020 untuk menjadi panduan kepada anda semua membuat rujukan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2020 Dan Waktu Imsak

Untuk pengetahuan, Di Malaysia umat islam akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1441H bersamaan 24 April 2020 hari Jumaat. Berikut kami kongsikan waktu berbuka puasa 2020 pdf dan waktu imsak 2020 juga dalam bentuk pdf seluruh negeri Malaysia. Untuk pengetahuan anda juga, Jadual di bawah boleh di muat-turun dengan cara mengklik pada negeri pilihan anda yang tertera pada ruangan di bawah, Antara waktu Imsak & berbuka puasa yang terdapat pada jadual di bawah adalah, Waktu Imsak & Waktu berbuka puasa Perlis, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Wilapah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan juga Sabah.

[sc_fs_faq question=”JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI 2020″ img_alt=”Waktu Imsak Dan Berbuka Seluruh Negeri 2020 1441H” css_class=””]

Pengertian Puasa

Maksud Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri daripada sesuatu. Manakala dari segi syarak Puasa adalah Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat Wajib Puasa

  1. Islam
  2. Mukallaf
  3. Tiada halangan atau keuzuran

Rukun Puasa

Berikut merupakan Rukun puasa :

  1. Orang yang berpuasa.
  2. Berniat puasa.Contoh niat berpuasa, “Aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”. Menurut Mazhab Shafie sebaik-baiknya berniat ialah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Manakala menurut Imam Malik boleh berniat puasa sebulan bulan Ramadhan bagi tahun itu. Contoh niatnya ialah “Aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan tahun ini fardhu atasku kerana Allah Ta’ala”.
  3. Menahan diri daripada makan minum dan daripada melakukan sesuatu perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).

Doa Menyambut Kehadiran Ramadhan

Doa Menyambut Kehadiran Ramadhan - Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  1.  Makan dan minum dengan sengaja
  2. Bersetubuh
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Mengeluarkan air mani
  5. Haid dan nifas
  6. Gila
  7. Murtad
  8. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka

Hikmah Menunaikan Ibadah Puasa

  • Mencapai darjat taqwa
  • Mendapat keampunan Allah
  • Mengawal hawa nafsu
  • Melatih sifat sabar
  • Menyihatkan tubuh badan

Kelebihan Bersahur

  • Membezakan puasa orang Islam dan Ahli al-kitab
  • Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW
  • Memperoleh keberkatan
  • Memberi kekuatan dan tenaga

Lafaz Niat Puasa

Berikut merupakan niat puasa :

Lafaz Niat Puasa - Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Doa Berbuka Puasa

Doa untuk berbuka puasa adalah seperti berikut :

Doa Berbuka Puasa - Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Doa Berbuka Puasa 2 - Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Adab Semasa Berbuka Puasa

Berikut merupakan Adab berbuka puasa :

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca Doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir

Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan

Berikut merupakan amalan-amalan di bulan ramadhan adalah:

  • Memperbanyakkan bacaan al-Quran
  • Memperbanyakkan istighfar
  • Memperbanyakkan sedekah
  • Memperbanyakkan doa
  • Mendirikan solat sunat tarawih
  • Menghidupkan malam dengan qiamullail dan solat-solat sunat
  • Melewatkan sahur
  • Memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika berbuka
  • Meninggalkan perkara yang sia-sia

Kesimpulan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020

Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020 daripada JAKIM ini dapat membantu anda mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak mengikut kawasan tempat tinggal anda. Selamat menjalani ibadah puasa kami ucapkan. Kongsikan artikel ini kepada rakan dan keluarga anda supaya dapat sama – sama mengetahui Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020. Terima Kasih