Pemberitahuan » Informasi » Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

Untuk Makluman, Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 31 Mei, 2020. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat mengenai sebab penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.

“Ada yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.

“Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori 9 pelajar. Oleh Itu permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, hari ini.Perdana Menteri berkata, selain menghantar e-mel, para pemohon yang mana permohonan tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, katanya lagi, pemohon boleh pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan,” katanya lagi.
Permohonan & Semakan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Kita seluruh rakyat malaysia menjalani tempoh yang sukar di mana kita menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita. Sehubungan dengan itu pada 27 MAc 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bantuan untuk semua rakyat Malaysia. Dalam perutusan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Di dalam Pakej PRIHATIN ini, Kerajaan akan menyediakan bantuan segera kepada rakyat Malaysia bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh semua golongan. Yang menariknya mengenai pakej ini adalah pemberian tunai ‘one off’ kepada kumpulan golongan M40 dan B40 dengan peruntukan hampir RM10 billion untuk meringankan rakyat yang terjejas.

Bayaran Fasa Kedua BPN Bermula 4 Mei

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Untuk pengetahuan anda, Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40. Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.

Itu untuk fasa pertama.

Manakala Bayaran fasa kedua BPN pula akan disalurkan bermula 4 Mei -13 Mei membabitkan isi rumah / individu bujang B40 dan untuk M40 pula pada 13 – 15  Mei.

Mengikut statistik yang diberikan, sehingga 26 April, sebanyak 3.26 juta permohonan baru telah diterima. 2.96 juta daripadanya adalah permohonan baru dan 305,000 adalah rayuan.

Kemaskini Terkini : Rayuan BPN telah dilanjutkan sehingga 31 MEI 2020 untuk memberi peluang kepada yang GAGAL dalam permohonan sebelumnya

Berikut kami kongsikan pada anda jadual pembayaran bantuan BPN ini:

bpn fasa 2 1024x525 - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online
Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran Fasa 2 BPN Bermula 4 Mei

PERMOHONAN DAN SEMAKAN BPN FASA 2

Melalui maklumat yang kami perolehi di Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, cara pelaksanaan BPN ini adalah. Mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my. Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,mengikut kriteria kelayakan berikut :

Baca Juga :  Cara Simpan Duit Tabung Haji Online Guna JomPAY
BPN - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online
Kriteria Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Bayaran RM500 pada bulan April 2020
  • Bayaran RM500 pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
  • Bayaran RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020

Permohonan Rayuan BPN Online

Berikut kami tunjukkan tatacara rayuan BPN secara online

Pemohon hendaklah membuat Semakan Permohonan dan Daftar ID terlebih dahulu di https://bpn.hasil.gov.my/

semakan status BPN - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online
Paparan Menujukkan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Tidak Lulus

1. Pemohon boleh membuat rayuan di Butang Permohonan Rayuan.
2. Jika Pemohon belum mendaftar ID, Pemohon perlu mendaftar ID terlebih dahulu untuk
membuat permohonan rayuan. Klik butang Daftar Akaun untuk mendaftar ID.

Rayuan BPN - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

3. Pemohon dikehendaki menjawab Soalan Keselematan berdasarkan Maklumat yang telah
didaftarkan pada borang permohonan. Terdapat 2 (dua) soalan yang perlu dijawab.

Rayuan BPN 2 - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

4. Setelah Berjaya menjawab 2 soalan keselamatan. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun
dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan Memilih 5 (Lima) pilihan soalan FRASA
KESELAMATAN.
*Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan.

Rayuan BPN fasa kedua - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

5. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan
oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan Unik adalah berwarna Hijau.

kata laluan BPN - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

6. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk
menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat permohonan rayuan Bantuan
Prihatin Nasional.

pendaftaran rayuan BPN - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

Cara Membuat Rayuan BPN

Selepas selesai langkah di atas, Pemohon Perlu Log Masuk ID dan Borang Permohonan Rayuan, berikut kami tunjukkan langkah untuk membuat permohonan rayuan BPN :

1. Log Masuk ke Borang Permohonan Rayuan menggunakan ID dan kata Laluan yang telah didaftarkan.

Borang Permohonan Rayuan - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

2 Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan

masukkan kata laluan - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

3 Paparan Borang akan dipapar setelah Log Masuk Berjaya. Kemaskini Maklumat dengan
tepat dan lengkap. Dan klik butang hantar di ruangan pengesahan setelah selesai
kemaskini maklumat.

BPN rayuan - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

Paparan Rayuan yang Telah Dihantar

Rayuan Berjaya di hantar - Rayuan BPN:Permohonan Dan Semakan Rayuan Online

Semakan Status Rayuan BPN 2020

Berikut kami kongsikan serba sedikit mengenai Semakan Permohonan Rayuan BPN ini, Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status rayuan mulai (akan dikemaskini)

Untuk makluman anda juga Semakan status Rayuan boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDN di Talian Kementerian Kewangan :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Emel rasmi support BSH dan BPN :

bsh@treasury.gov.my

Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia

HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000

Kesimpulan Rayuan BPN

Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) Fasa 2 ini dapat memudahkan urusan anda dalam mendapat maklumat berkaitan infomasi terkini. Kongsikan Juga berita baik ini kepada rakan dan saudara anda. Maklumat lanjut mengenai artikel ini boleh di semak di pautan yang kami sediakan di atas. Selamat Maju jaya Kami Ucapkan.