Pemberitahuan » Harga Minyak Terkni Petrol RON95 RON97 Diesel Minggu Ini

Harga Minyak Terkni Petrol RON95 RON97 Diesel Minggu Ini

Harga Minyak : Apa Yang Anda Patut Tahu

Harga minyak adalah antara isu pokok dalam Malaysia, malah di kebanyakan negara di dunia. Ini kerana harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel menjadi faktor penentu kepada pelbagai harga lain, termasuklah harga perkhidmatan dan barangan. Malah, ia menentukan kos hidup dan status sosio-ekonomi rakyat. Ia juga berkait rapat dengan kadar inflasi dalam sesebuah negara.

Artikel ini akan memperincikan latarbelakang isu, termasuklah bagaimana harga ditentukan. 

Teruskan pembacaan!

Harga Minyak Minggu Ini Terkini

Buat masa ini, permintaan minyak global semakin menurun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.Ini ada kaitan dengan tindakan kebanyakan negara menyekat perjalanan udara, malah sebahagian besar penduduk dunia mula menghentikan aktiviti pelancongan atau urusan kerjaya melepasi sempadan negara.

Dari satu segi, kejatuhan adalah baik bagi masyarakat awam atau pengguna. Namun, ia memberi kesan buruk kepada sesebuah kerajaan kerana boleh mengurangkan pendapatan negara dan menimbulkan masalah kepada parti pemerintah.

Berdasarkan pemerhatian pasaran, trend penurunan harga minyak yang berlaku sekarang mungkin kekal untuk tempoh tertentu, terutama selagi pandemik Covid-19 belum berakhir. Ternyata, wabak ini telah menyebabkan secara ketara ekonomi dunia menjadi berkembang pada kadar yang agak perlahan, sekali gus menyebabkan jatuh.

Bagaimanapun trend sebegini tidak berlaku pada kebanyakan masa. Malah, pemerhati pasaran mencatatkan penurunan harga adalah trend yang jarang-jarang berlaku.Sebaliknya, dalam kebanyakan masa, akan lebih sering mengalami kenaikan disebabkan pelbagai faktor berkaitan.

Faktor kenaikan harga dunia ini akan diperincikan kemudian.

Harga Minyak Terkini - Harga Minyak Terkni Petrol RON95 RON97 Diesel Minggu Ini
Harga Minyak Terkini Minggu Ini

 

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 November 2022 hingga 23 November 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

HARGA MINYAK MINGGUAN | NOVEMBER 2022
Tempoh RON95 RON97 DIESEL
3 – 9 November 2.05 3.95 2.15
10 – 16 November 2.05 3.95 2.15
17 – 23 November 2.05 3.95 2.15
24 – 30 November . . .
Kemaskini terkini harga minyak mingguan dibuat pada hari Rabu petang

Harga Minyak Terkini: Isu nasional

Sebenarnya kedudukan harga dari semasa ke semasa, juga amat memberi kesan ketara terhadap suhu politik, terutama apabila harga minyak terkini mula naik.Ia bukan sahaja sering menjadi isu, malah senjata politik untuk melemahkan sesebuah kerajaan yang sedang berkuasa.

Kerap berlaku apabila harga naik, mana-mana parti yang menjadi pembangkang di negara mana-mana, termasuklah di Malaysia, akan segera meletakkan kesalahan itu di bahu pemerintah semasa sedangkan kenaikan itu, dalam banyak kes dan keadaan, mungkin tiada kena mengena langsung dengan fungsi dan keputusan serta polisi kerajaan. Dan, dalam banyak kes, isu harga minyak sedikit sebanyak mampu menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan, sekali gus memungkinkan kekalahan parti pemerintah dalam mana-mana pilihanraya. 

Lebih-lebih lagi, biasanya rakyat terbanyak gagal memahami fakta sebenar, terutama faktor-faktor yang menentukan turun-naik harga di peringkat antarabangsa. Ini akan memudahkan mana-mana pihak memanipulasi isu terbabit sewenang-wenangnya.

Misalnya, ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), isu  minyak dijadikan senjata oleh pembangkang ketika itu untuk memperlekehkan keupayaan kerajaan BN dalam menangani kenaikan harga bahan api ini. 

Akhirnya BN kalah apabila ada beberapa lagi isu tambahan selain isu harga.

Dasar Kawalan Harga Minyak

Kemudian, apabila kerajaan Malaysia dikuasai Pakatan Harapan (PH), parti pemerintah ini memperkenalkan langkah penstabilan harga minyak bagi mengawal harga jualan bahan api petrol dan diesel. Ini selaras dengan manifesto PH. Dengan mengambil kira trend harga petroleum di pasaran dunia yang semakin menurun, kerajaan PH mengumumkan pengapungan semula harga minyak mengikut harga pasaran dunia secara mingguan bermula 1 Januari 2019. 

Pada masa sama, kerajaan ketika itu terus memantau perubahan harga mentah dunia serta mengambil langkah sesuai dalam usaha memastikan impak tidak terlalu menjejaskan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Mengapa Harga Minyak dikawal?

Berdasarkan langah pengawalan itu, dapat difahami bahawa pengenalan mekanisme pengapungan harga minyak secara mingguan lebih bertujuan membolehkan rakyat memperolehi kadar harga semasa secara lebih cepat berasaskan perubahan semasa harga petroleum di pasaran dunia. Ini bermaksud, jika kadar harga pasaran dunia mula berkurangan, harga  runcit akan diturunkan dalam tempoh segera berkuatkuasa tengah malam.

Sebaliknya, jika harga dunia meningkat, harga petroleum dalam negara ini akan dikawal pada tahap RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel sehingga pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar dijalankan pada 2019. 

Faktor Yang Menentukan Harga Minyak Terkini

Sejak lama, di Malaysia minyak adalah antara keperluan rakyat yang disubsidi kerajaan bertujuan meminimumkan kesan kenaikan harga.Malah, negara ini boleh dikatakan antara negara paling tinggi memberikan kadar subsidi minyak berbanding negara lain di seluruh dunia.

Mungkin ramai rakyat belum tahu dan faham hakikat sebenar bagaimana harga minyak ditentukan di peringkat antarabangsa.Ramai tidak memahami secara mendalam faktor yang menentukan kenaikan harga.

Mari kita perincikan!

Sejak dahulu hingga kini, ada pelbagai faktor menentukan turun-naik harga minyak dunia.Berikut ialah antara faktor yang menentukan minyak dunia.

Tahap Pertumbuhan Ekonomi 

Tahap pertumbuhan ekonomi pada satu-satu masa adalah antara faktor utama menentukan minyak dunia. Ia menepati teori ekonomi lazim, iaitu apabila ekonomi dunia lembap atau meleset, dunia biasanya ikut turun. Trend begini dapat diperhatikan seawal 2009 apabila harga minyak dunia jatuh disebabkann permintaan minyak menurun berikutan kelembapan ekonomi dunia ketika itu. 

Faktor Penawaran

Ini juga selaras dengan teori asas ekonomi, iaitu harga mungkin akan turun apabila penawaran (supply) apa juga produk melebihi kadar permintaan (demand).Hal sama berlaku apabila penawaran minyak oleh negara-negara pengeluar minyak yang bergabung di bawah Kesatuan Negara Pengekport Petroleum (Opec) dan bukan negara Opec, melebihi kadar permintaan minyak dunia.

Faktor Dagangan Spekulatif

Faktor penawaran ini juga ada kaitan dengan faktor dagangan spekulatif. Malah, faktor ini dikatakan antara faktor paling berpengaruh dalam menentukan harga dunia sejak 2007 hingga kini.Ini membabitkan perdagangan kontrak untuk penghantaran minyak pada masa depan. Pengeluar minyak dan syarikat penerbangan terutamanya, amat terdedah kepada perubahan dalam harga  dan bahan api berasaskan petroleum.

Faktor Gas Asli

Faktor lain yang mempengaruhi harga dunia termasuklah pengeluaran gas asli yang menjadi sumber alternatif kepada minyak mentah biasa.Fakta menunjukkan, peningkatan pengeluaran gas asli pada tahun kebelakangan ini membantu mengurangkan kenaikan.

Faktor Geopolitik

Minyak dunia juga berkait rapat faktor geopolitik. Faktor geopolitik berkait rapat dengan krisis di antara pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China dan negara-negara Arab.Apa juga krisis di antara negara-negara ini akan memberi kesan langsung kepada tahap harga dunia.

Faktor Cuaca

Faktor cuaca juga boleh menentukan bekalan minyak. Contohnya taufan pada 2005 menyebabkan penutupan loji minyak dan gas asli serta kilang penapis. Akibatnya, harga produk petroleum meningkat dengan ketara apabila bekalan ke pasaran menurun.Masalah di kilang penapisan minyak atau saluran paip juga boleh menyekat aliran bahan ini yang menyebabkan harga naik.

Semua Faktor Kait Mengait

Bagaimanapun, faktor-faktor yang menentukan harga ini biasanya tidak bertahan lama. Apabila faktor-faktor berkenaan kembali normal,akan kembali ke paras lazim.

Dan, semua faktor kenaikan harga minyak adalah saling berkait. Kenaikan biasanya tidak disebabkan faktor tunggal, sebaliknya ada faktor lain yang melonjakkannya.Apa yang perlu difahami ialah kenaikan atau penurunan banyak dicetuskan pelbagai faktor lain, bukan faktor kegagalan sesebuah kerajaan semata-mata.