Pemberitahuan » Informasi » Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun]

Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun]

Semakan Permohonan Rayuan BPN?

Perhatian kepada anda yang membuat rayuan BPN Fasa 3. Anda kini boleh membuat semakan status permohonan rayuan anda! Pembayaran Fasa 3 ini pula akan mula dibayar pada 24 Jun 2020.

Bagaimana dan dimana anda boleh buat semakan?

Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun] ada segala jawapan kepada persoalan anda. Mari teruskan membaca artikel kami.

Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, 181,000 rayuan BPN fasa 3 telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM162 juta.

Pembayaran fasa pertama melibatkan 8.3 juta penerima manakala pembayaran fasa kedua pula melibatkan penerima 2.3 juta penerima dengan 2.08 juta daripadanya sudah menerima bantuan BPN.

Untuk makluman anda, pembayaran rayuan pada 24 Jun 2020 ini melibatkan individu yang telah membuat rayuan daripada 11 hingga 31 Mei 2020 yang lalu.

KRITERIA KELAYAKAN BPN

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Bayaran RM500 pada bulan April 2020
  • Bayaran RM500 pada bulan Mei 2020
Baca Juga :  FOMEMA: Pendaftaran dan Semakan Status Pemeriksaan Perubatan

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
  • Bayaran RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020

SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN FASA 3

Bagi anda yang telah membuat permohonan rayuan dan ingin menyemak samada anda lulus ataupun tidak boleh buat semakan rayuan anda mengikuti cara-cara dibawah:

  1. Anda perlu layari pautan yang kami sediakan ini: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPN
  2. Selepas itu anda perlu masukkan nombor kad pengenalan diruang yang disediakan dan tekan ‘CARI’
  3. Masukkan kod captcha yang dipaparkan di skrin anda.
  4. Kemudian status permohonan anda akan dipaparkan sama ada Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod ataupun Tidak Layak.

semakan BPN - Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun]

Maklumat Lanjut Semakan Permohonan Rayuan BPN

Untuk makluman anda juga Semakan status atau rayuan BPN kali kedua boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDN di Talian Kementerian Kewangan :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Emel rasmi support BSH dan BPN :

bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasure.gov.my

Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia

HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000

loading - Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun] Loading...
EAD logo - Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun] Taking too long?

reload - Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun] Reload document
| open - Semakan Permohonan Rayuan BPN Fasa 3 [Pembayaran Mulai 24 Jun] Open in new tab

Muat Turun

Kesimpulan Semakan Permohonan Rayuan BPN

Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) ini dapat memudahkan urusan anda dalam mendapat maklumat berkaitan infomasi terkini. Kongsikan Juga berita baik ini kepada rakan dan saudara anda. Maklumat lanjut mengenai artikel ini boleh di semak di pautan yang kami sediakan di atas. Selamat Maju jaya kami ucapkan!