Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima surat tawaran biasiswa bagi Certificate in English Language Teaching-Secondary (CELT-S) daripada SEAMEO RELC sempena ulang tahunnya yang ke-50. Untuk makluman, program biasiswa CELT-S telah direka bentuk oleh Cambridge English khususnya bagi guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perkhidmatan yang bertugas di sekolah menengah.