Macam mana cara nak bayar hutang PTPTN online guna JomPAY?
Kalau anda nak tahu, kerajaan sekarang menyediakan platform khas bayar hutang PTPTN melalui perbankan online.
Senang sangat dah, jika anda dah bersedia nak bayar hutang PTPTN, semuanya dah tersedia di hujung jari dengan kecanggihan teknologi sekarang ni.
‘Perbankan online? Eh senang lah nak bayar kalau macam tu, tapi JomPAY ni apa?’
Tak pernah dengar pasal JomPAY sebelum ni?
Jangan risau dan jangan gelabah, kerana kami di Permberitahuan hari sediakan entri khas untuk anda mengenali apa itu sistem JomPAY dan bagaimana ia memudahkan proses bayar PTPTN secara perbankan online.
Anda berminat? Nak tambah ilmu untuk jadi pengguna yang bijak?
Teruskan bersama kami!
Isi Kandungan
BAYAR HUTANG DI HUJUNG JARI
Dengan adanya teknologi yang membenarkan semua pembayaran atas online anda boleh jimat masa dan tenaga tak perlu nak pergi ke kaunter jabatan yang berkenaan nak bayar bil dan sebagainya. Termasuklah nak bayar PTPTN ni.
Mudah, cepat dan selamat dan anda tak ada alasan lagi nak tangguh-tangguh bayar hutang PTPTN tu.
‘Malas lah nak pergi kaunter PTPTN, nak keluar lagi, hadap jam lagi, parking lagi.. nanti lah bayar’
Bertangguh-tangguh nanti anda juga merana, tunggakan bertambah dan nama anda pun tersenarai di dalam sistem CCRIS.
Jadi, nak mengelakkan daripada perkara ini berlaku, sistem JomPAY iaitu pembayaran melalui perbankan internet diwujudkan. Senang nak bayar, risiko tunggakan PTPTN pun hilang.
Macam mana?
Jangan risau, teruskan membaca, sambil-sambil tu boleh terus buat pembayaran menggunakan telefon bimbit anda.
CARA BAYAR HUTANG PTPTN DENGAN ONLINE JOMPAY
Nak buat pembayaran melalui JomPAY ni tak akan dikenakan apa-apa caj pun, tetapi anda memerlukan biller code dan reference no, dekat mana nak dapatkan biller code dan reference no JomPAY ni?
PORTAL RASMI PTPTN
Simple dan mudah, benda pertama yang anda perlu buat adalah pergi ke portal rasmi PTPTN.
Klik sini http://www.ptptn.gov.my/
Anda akan masuk ke laman utama portal rasmi PTPTN
Kemudian klik pada ‘Bayaran Balik’ dan anda akan pergi ke laman seterusnya.
pilih dan klik pada kotak ‘Semakan JomPAY’ seperti di atas. Setakat ini okay? Mari kita teruskan.
BILLER CODE DAN REFERENCE NO
Sebelum anda ingin mendapatkan biller code dan reference no, anda perlu masukkan no IC anda dan tekan butang ‘CARI’ seperti yang ditunjukkan di bawah.
Selesai daripada itu anda akn terus dibawa ke laman di mana anda boleh mendapatkan biller code dan juga reference no untuk memulakan pembayaran perbankan internet.
CARA PEMBAYARAN DAN BANK YANG TERLIBAT
Dah dapat biller code dan reference no nak buat macam mana pula? Senang je, anda pergi ke online bank anda masing-masing.
Untuk start buat pembayaran anda pilih bayaran bil menggunakan JomPAY. Kemudian apabila diminta biller code dan reference no, masukkan semua maklumat yang diperlukan. Semak semula semua maklumat anda, kalau semua dah okay boleh tekan butang hantar.
Done! Senang kan? Semudah ABC.
‘Semua bank ke kita boleh guna untuk pembayaran JomPAY ni?’
Menurut laman web portal rasmi PTPTN, 40 bank yang terlibat telah pun disenaraikan seperti di bawah;
Sekiranya anda nampak bank anda ada di gambar di atas, dah boleh start bayar hutang PTPTN lah sekarang ni. Tak payah pergi kaunter, melalui telefon bimbit pun dah boleh settle.
SEMAK STATUS PEMBAYARAN
Dah habis bayar semua, mesti kita nak check samada pembayaran kita tadi berjaya atau tidak. Ini pun mudah sahaja. Anda pergi semula ke laman portal rasmi PTPTN dan klik pada ‘SEMAKAN PENYATA PINJAMAN’ seperti di bawah.
Kemudian anda anda dikehendaki mengisi IC untuk pergi ke langkah yang seterusnya,
PERMOHONAN PINJAMAN SEMAKAN PENYATA
Dah settle, anda kemudiannya dikehendaki untuk ‘log in’ di lama berikutnya, masukkan IC juga macam biasa dan kata laluan. Sekiranya anda baru pertama kali nak check penyata klik pada ‘Permohonan Kali Pertama’ untuk membuat kata laluan.
Dah berjaya login? Anda klik pada ‘Penyata Baki Terperinci’
Disitu anda boleh lihat dan semak baki hutang, bukti pembayaran, tunggakan yang dikenakan dan macam-macam lagi lah. Anda juga boleh download dan print penyata anda untuk tujuan rujukan di masa hadapan.
KESIMPULAN
‘Aah lah, senang je nak bayar guna JomPAY ni, tutorial pun simple’
Haaa, kan dah bagi tahu tadi, senang je nak bayar hutang PTPTN anda sekarang ni. Guna hujung jari pun boleh! Settle semua masalah.
Kalau tak mampu sekali banyak cuba bayar sikit-sikit dulu. Elakkan diri anda daripada tersenarai di dalam CCRIS. Nanti susah pula nak buat loan/beli kenderaan. Bukan apa, nanti anda juga yang susah.
Rancang perbelanjaan kewangan anda dan pastikan hutang PTPTN terbayar.
Kami di Pemberitahuan mengucapkan selamat maju jaya dan jangan lupa bayar hutang!