Pemberitahuan » Panduan » Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

Apa? Scammer gunakan undang-undang sebagai teknik baru mereka untuk menipu? Kenapa? Apa yang patut and lakukan?

Macam mana anda nak bezakan penipuan mereka dengan teknik baru ini? Apa maksudnya dengan menggunakan undang-undang?

HOW DOES IT WORK - Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

SCAMMER DAN UNDANG – UNDANG?

Apabila melibatkan soal undang-undang, anda mesti berhati-hati dan bijak menilai teknik-teknik yang digunakan scammer sekarang ni. Jangan percaya bulat-bulat panggilan telefon atau mesej online yang anda terima kononnya daripada mahkamah dan sebagainya.

Disitulah scammer mula pasang perangkap mereka supaya anda terjerat, bila anda dah mula percaya, habis semua maklumat peribadi yang diminta anda bagi.

JANGAN!

Jadilah pengguna yang bijak mempertahankan diri daripada ditipu scammer. Kalau scammer boleh jadi semakin cerdik nak menipu anda, kenapa anda tak boleh?

Sebab sayangnya banyak yang telah berlaku tapi mengapa anda masih lagi menagih percaya pada golongan penyangak  ini?

Scammer lebih layak di panggil penyangak ini sekarang bijak manipulasi apa sahaja dalam undang-undang untuk memperdaya mangsa. Tambah-tambah orang yang dimanipulasi itu memang tidak tahu undang-undang berkaitan.

Teruskan bersama kami di Jutawan Online, kita sama-sama bongkar teknik yang digunakan scammer untuk menipu anda.

 

Screen Shot 2019 09 30 at 10.42.20 AM - Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

SCAMMER DAN UNDANG-UNDANG? TEKNIK BARU UNTUK MENIPU

JENIS KES-KES PENIPUAN

KES SCAMMER ALONG

Sekarang Along ( pemberi pinjaman haram) pun dah daftar Syarikat Wang berlesen. Kononnya telus dan terbaik dengan iklan faedah yang rendah. (Itu atas kertas sahaja)

Cara dia operasi, bila orang datang nak pinjam duit, along ini akan suruh anda sign “side” agreement. Kononnya mereka ini mengikut undang-undang pinjaman.

Ketahuilah “Agreement” tersebut sebenarnya tidak diiktiraf undang-undang di Malaysia. Bila anda dah tandatangan dokumen tersebut mereka simpan entah kemana. Senang cerita pasti buang saja.

ni yang paling mereka suka, bila dah sign agreement mereka akan ambil kad bank peminjam. Pinjam rm3000 bayar balik berbelas ribu tapi tak penah habis-habis. (Agaknya berapa faedah yang golangan scammer/penyangak ini ambil?)

Ada kes, security guard nak duit sebab nak biaya yuran kemasukan universiti anaknya, pinjam rm3000++, tapi tiap-tiap bulan tolak rm1000++. Tinggal baki gaji rm400 je. Itupun sampai kesudah tak habis-habis bayar.

KES SCAMMER JUAL RUMAH

Mereka akan buka syarikat untuk promosi dan kutip duit penempahan. Paling hebat boleh dapat kutip duit penuh jualan rumah. Harga rumah yang pastinya 50% lebih murah dari biasa.

Mereka akan siapkan 1 rumah contoh dan akan ada tapak kosong untuk bukti projek dalam pembinaan. Jadi dia ada 2-3 tahun masa “konon” nya nak siapkan.

Bila tak siap, dia kata biasalah projek bertangguh. Lagipun projek dia bukan under Housing Development Act (HDA). Jadi tak perlu ikut terma-terma seperti yang macam kerajaan tetapkan.

Kalau tak puas hati, lapor sahaja kepada polis dan lantik peguam lawan di mahkamah.

Nak bawak ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah? Tribunal hanya layan kes projek yang dibawah HDA sahaja.

Jadi harapan terakhir adalah, mahkamah. Maka keluarlah kos, tenaga dan masa pembeli menuntut hak-hak yang belum tentu dia dapat.

kalau menang kes pun, nak suruh syarikat bayar pun payah. Kalau syarikat istihar bangkrap? Menangis jelah duit anda terbang..

KES SCAMMER PERNIAGAAN ONLINE/OFFLINE

Beli barang, dah buat bayaran penuh. Barang tak sampai-sampai. Sama kes seperti beli rumah kat atas.

Baca Juga :  Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online

Bila tanya mana barang, dia macam-macam alasan diberikan. Dia suruh bagi masa.

Bila masa dah habis, dia kata dia dah nak bangkrap. Memang tak dapat nak bayar. Dia kata, Kalau kita bawak ke mahkamah pun kita yang rugi masa. Kemungkinan langsung tak dapat sebab dia memang takda harta.

Dia kata lagi, dari bawa ke mahkamah, biar dia selesaikan sedikit demi sedikit.

Orang pun cair..maka bayar la sikit-sikit sebulan dua bulan. Bulan seterusnya lesap.

Dan ianya berterusan sampai lah tak sudah-sudah.. (masih lagi berlaku kes yang begini)

KES SCAMMER PAJAKAN/SEWA KERETA

Bagi kereta dekat syarikat buat servis sewa kereta, syarikat janji nak bayar bank loan pemilik setiap bulan. Macam kes PPIM vs AGR. Masuk berita dengan viral kes ni. Tapi sampai ke sudah tak selesai pun.

Akhirnya tertunggak berbulan-bulan. Nama pemilik kena senari hitam.

Bila nak ambil balik kereta, syarikat tak bagi ambil. Kalau ambil juga maka pemilik telah menceroboh premis syarikat katanya… Syarikat kata suruh buat perintah mahkamah dulu baru boleh ambil. Macam tu pulak?

Syarikat kata, ibarat seorang penyewa yang tak bayar sewaan berbulan-bulan, maka tuan rumah tak boleh masuk terus. So sama la macam kes pajak kereta ni. Mesti dapatkan perintah mahkamah.

Ehh ke situ pulak..walhal kes pajakan kereta kepada pihak ketiga tak sama dengan kes penyewa tak bayar sewa rumah. Agreement sewaan rumah memang ada dalam undang-undang, diiktiraf. Tapi agreement pajakan tak diiktiraf sebab kereta masih milik bank dan agreement tiada termaktub dalam akta. Nampak tak mereka kaki pusing. (ini yang saya difahamkan, kalau tak benar mohon mana-mana pakar undang-undang bagi penjelasan)

Sebenarnya syarikat suruh buat perintah makamah dulu sebab dia nak tangguhkan pengambilan kereta anda. Dalam tempoh itu, macam-macam dia boleh buat pada kereta tu. Jual, rosakkan, atau mungkin hilangkan terus.

Lepas tu syarikat istihar bankrap. Apa susah syarikat Sdn bhd kan. Tunai ada ditangan, boleh mula bisnes lain lagi.
Pakai proxy. Asalkan ada tunai. Yang menangis adalah tuan kereta.

Kesimpulannya, janganlah terlibat dengan benda-benda macam ni. Buatlah dengan ilmu. Ikut saluran yang betul. Bila ada perkara yang tak masuk akal, Patutnya awal-awal dah dapat tahu. Bukan dah terkena baru nak melatah.

WAKTU SCAMMER BERTINDAK

Ingat… tiada orang meniaga nak rugi. Jika ada yang murah atau untung lebih dari biasa, selalunya dan pastinya ianya adalah Scam (penipuan). Scammer-scammer ini akan bertindak mengikut keadaan. Antara keadaan :

  •  Waktu ekonomi negara meleset.
  •  Semasa harga rumah atau barang mahal dan terus naik.
  • 5 atau 3 bulan sebelum sesuatu musim perayaan.Scammer di Malaysia Guna Undang Undang Untuk Menipu 1 - Scammer Dan Undang-Undang? Teknik Baru Untuk Menipu

KESIMPULAN

Pemberitahuan berharap dengan perkongsian kami pada hari ini dapat membantu kita semua daripada terus menerus menjadi mangsa scammer ini. Sebarkan ilmu yang bermanfaat ini kepada keluarga dan juga rakan-rakan anda supaya tidak mudah terperangkap dengan teknik baru scammer.

Janganlah sudah terhantuk baru nak terngadah, buat kajian, periksa status apa-apa perniagaan yang mencurigakan di Bank Negara, atau status perniagaan mereka berada di bawah SSM ataupun tidak.

Jangan bertindak melulu dan terus percaya.

Sama-sama kita benteras kegiatan si scammer ini!