Cara Nak Daftar Affin Bank Online.
Segala transaksi perbankan kini menjadikan platform atas talian atau online sebagai penggerak untuk memudahkan urusan pelanggan.
Pelanggan Affin Bank juga boleh mendaftarkan akaun bank mereka secara online untuk menikmati perkhidmatan hujung jari seperti semakan baki akaun, semakan penyata Affin bank dan banyak lagi.
Macam mana nak daftar?
Pemberitahuan membawakan anda artikel Cara Daftar Affin Bank Online: Semak Baki Akaun/Penyata sebagai panduan buat pelanggan Affin Bank yang ingin menggunakan perkhidmatan online ini.
Jom teruskan bersama kami.
Isi Kandungan
Cara Daftar Affin Bank Online: Semak Baki Akaun/Penyata
Selain daripada membuat semakan baki dan penyata, melalui perkhidmatan Affin Bank online anda juga boleh membuat pembayaran bil utiliti, pemindahan wang dan banyak lagi melalui gadjet sedia ada.
Pelanggan boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini melalui laman web Affin Bank atau pun anda boleh muat turun aplikasi AffinSecure.
DOWNLOAD APLIKASI AFFIN ONLINE: AFFINSECURE
Untuk memudahkan lagi urusan anda, muat turun aplikasi AffinSecure di:
- PLAY STORE (Pengguna Sistem Android)
- APP STORE (Pengguna Sistem iOS)
Selesai muat turun?
Mari kita lihat satu persatu proses untuk mendaftar akaun Affin Bank online:
CARA DAFTAR AKAUN AFFIN BANK ONLINE
- Pengguna perlu mempunyai akaun Bank Affin mereka terlebih dahulu sebelum ingin mendaftar secara online. Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Affin yang berdekatan untuk membuka akaun.
- Pengguna yang sudah memiliki akaun bank sendiri, anda perlu layari: PORTAL RASMI AFFIN BANK
- Kemudian klik pada ‘First Time Login’ untuk mendaftar.
- Isi semua butiran yang diminta seperti:
- Card Type (Credit Card/Debit Card/Virtual Card)
- ID Type
- ID Number (Isikan Nombor Kad Pengenalan Anda)
- Card Pin (Nombor Pin Kad Affin Bank)
- Selesai mengisi kesemua butiran di atas dengan lengkap dan betul, klik pada ‘Request Tac’
CARA DAFTAR AKAUN AFFIN BANK DI ATM
Buat pengguna yang ingin mendaftar secara manual, anda boleh pergi ke ATM Affin Bank yang berdekatan dan ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pengguna perlu memasukkan kad ATM Affin Bank dan nombor pin.
- Kemudian pilih ‘Transaksi Lain/Other’
- Pilih ‘Daftar Perbankan’ dan pilih pada ‘Perbankan Internet’
- Tekan ‘Agree’ dan masukkan username dan password yang ingin digunakan.
Siap!
CARA DAFTAR AKAUN AFFIN BANK DI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
Selain mendaftar secara online dan melalui ATM, pengguna yang inginkan informasi yang lebih lanjut boleh terus mendaftar dimana-mana kaunter khidmat pelanggan Affin Bank.
Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan pendaftaran.
CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN AFFIN BANK
Pada pengguna yang ingin mengaktifkan semula akaun Affin Bank mereka yang sudah dorman, anda hanya boleh melakukannya secara online dengan mengikuti proses di bawah sebagai rujukan:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI AFFIN BANK
- Kemudian klik pada ‘First Time Login’ dan masukkan segala maklumat yang diminta seperti:
- Nombor Kad
- Jenis ID
- Kad Pin
- Selesai melengkapkan butiran di atas, klik pada ‘Mohon TAC’. Selang beberapa saat anda akan menerima nombor TAC yang dihantar pada telefon pintar anda. Masukkan nombor tersebut.
- Pilih Imej Sekuriti anda dan klik pada ‘Hantar’
- Lengkapkan Soalan & Jawapan Cabaran yang diberikan.
Selesai!