Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar eZakatPay Selangor: Semak & Bayar Online

Cara Daftar eZakatPay Selangor: Semak & Bayar Online

Cara Daftar eZakatPay Selangor.

Arus pembangunan dunia teknologi yang semakin moden memudahkan pelbagai urusan ekonomi, sosial dan sebagainya.

Inisiatif terbaru dari Lembaga Zakat Selangor menyediakan platform atas talian iaitu eZakatPay bagi memudahkan urusan pembayar dan penerima zakat di Selangor.

Macam mana nak daftar eZakatPay Selangor ni?

Pemberitahuan membawakan anda artikel Cara Daftar eZakatPay Selangor: Semak & Bayar Online sebagai panduan buat rakyat Selangor yang ingin menggunakan platform ini.

Jom baca!

Apa Itu eZakatPay Selangor?

Untuk makluman anda, eZakatPay adalah satu kaedah yang diwujudkan untuk pengguna  membuat semakan dan bayaran zakat tanpa perlu ke kaunter.

eZakatPay adalah satu medium transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.

Cara Daftar eZakatPay Selangor: Semak & Bayar Online

Macam mana nak daftar dan bayar zakat guna eZakatPay ni? Senang je, jom teruskan membaca artikel kami.

CARA DAFTAR eZAKATPAY SELANGOR ONLINE

Langkah-langkah pendaftaran secara atas talian adalah seperti berikut:

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI ZAKAT SELANGOR
  2. Isi borang pendaftaran yang dipaparkan dengan lengkap dan betul
  3. Pastikan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah maklumat yang terkini seperti:
    • Alamat E-mel (masih aktif)
  4. Kemudian baca ‘Terma & Syarat’ dan klik ‘Setuju’
  5. Anda akan menerima email ‘Pengaktifan Akaun’ dan klik pada pautan yang diberikan.
  6. Cipta kata laluan untuk akaun eZakatPay anda dan klik ‘OK’
Baca Juga :  Permohonan iSinar KWSP Online

ezakatpay 01 1024x1016 - Cara Daftar eZakatPay Selangor: Semak & Bayar Online

CARA BAYAR ZAKAT ONLINE DI eZAKATPAY SELANGOR

Dah daftar? Okay, anda sekarang boleh log masuk dan teruskan ke proses bayar zakat pula.

Macam mana?

Jom ikuti proses di bawah:

  1. Pengguna boleh terus login dan klik pada BAYAR ZAKAT ONLINE
  2. Kemudian isi bahagian ‘Maklumat Pembayaran’ dan pilih ‘Jenis Zakat’ yang ingin dibayar
  3. Pilih cara bayaran anda pada bahagian ‘Kaedah Bayaran’ dan pilih bank untuk selesaikan pembayaran anda pada bahagian ‘Pilih Bank’
  4. Kemudian muat turun resit pembayaran zakat anda di ‘Resit Bayaran Zakat’

CARA SEMAK BAYARAN & PENYATA ZAKAT ONLINE

Pengguna boleh mula membuat semakan bayaran dan penyata zakat mereka terutama sekali rakyat Selangor di PORTAL RASMI eZAKATPAY SELANGOR

Selain menyemak rekod bayaran zakat, anda juga boleh menyemak status dan rekod bantuan permohanan bantuan zakat anda.

Maklumat Lanjut Cara Daftar eZakatPay Selangor

Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem zakat online ini di portal rasmi ataupun Facebook Rasmi Lembaga Zakat Selangor.

Sebarang informasi terkini akan diupdate pada laman sosial itu dari semasa ke semasa.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH