Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar Mengundi Online Dengan Mudah 2020

Cara Daftar Mengundi Online Dengan Mudah 2020

Cara Daftar Mengundi Online.

Anda belum daftar mengundi lagi? Biar betul?

Jangan risau, perkembangan teknologi masa kini membenarkan anda daftar mengundi secara atas talian atau online!

Mudah bukan?

Pemberitahuan hari ini dengan artikel Cara Daftar Mengundi Online Dengan Mudah 2020 sebagai panduan khas buat rakyat Malaysia yang masih lagi tidak berdaftar mengundi. Kami ada jalan penyelesaiannya!

Jom baca!

Cara Daftar Mengundi Online Dengan Mudah 2020

Tahukah anda SPR menyediakan satu portal iaitu MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online?

Bukan sekadar buat pendaftaran, melalui MySPR Daftar juga pengguna boleh memohon pertukaran alamat tempat mengundi. Semudah ABC!

Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin akan di adakan bila-bila masa sahaja mengikut situasi sekarang, jadi rasanya inilah masa sesuai untuk anda daftar sebagai pengundi sah jika sudah mencapai syarat mengundi.

Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat kelayakan pendaftaran, cara-cara pendaftaran, etc.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN MENGUNDI

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu anda penuhi sebelum membuat pendaftaran:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

CARA-CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE

Sebelum anda mendaftar, anda perlu membuat permohonan akaun baharu seperti di bawah:

PERMOHONAN AKAUN BAHARU

Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:

  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan

Contoh gambar swafoto adalah seperti berikut:

daftar pemilih online 175x300 - Cara Daftar Mengundi Online Dengan Mudah 2020
  1. Layari laman web www.spr.gov.my dan tekan butang ‘MYSPR DAFTAR’
  2. Kemudian klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’
  3. Selepas itu, isi dengan lengkap segala maklumat-maklumat yang diminta
Baca Juga :  Pendaftaran Program Agropreneur Muda Secara Online

PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA

Sebelum mendaftar, anda perlu mengaktikan dahulu akaun anda dengan cara berikut:

  1. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke alamt emel yang didaftar
  2. Klik pada link penganaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun anda akan dipaparkan.
  3. Ikuti satu persatu arahan yang diberikan sehingga selesai.

DAFTAR MENGUNDI ONLINE / PENGUNDI ONLINE

Sebaik disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.

  1. Selepas Login di paparan dashboard yang terpapar, klik pada ‘STATUS SAYA’
  2. Sekiranya terpapar anda belum daftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat)
  3. Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘HANTAR’
  4. Satu notifikasi akan terpapar untuk memohon pengesahan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian klik pada ‘MOHON TAC’
  5. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna dan ruangan input No. TAC akan dipaparkan.
  6. Selesai hantar borang, tekan butang ‘HANTAR/CETAK BORANG A’

Kesimpulan

Semoga artikel kami ini dapat membantu anda menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai warganegara Malaysia. Marilah kita bersama-sama memilih yang terbaik buat Negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH