Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Online

Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Online

Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur.

TEKUN Mobilepreneur sekali lagi membuka peluang kepada mereka yang memerlukan terutama rakyat yang kehilangan pekerjaan kerana tempoh PKP.

Apa sebenarnya pembiayaan TEKUN Mobilepreneur ini?

Bagaimana dengan syarat kelayakan dan cara permohonan pembiayaan ini?

Pemberitahuan prihatin dengan kerunsingan anda dan artikel kami hari ini Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Online kami sediakan khas buat mereka yang berminat sebagai rujukan untuk membuat permohonan.

Semua informasi yang anda perlukan kami sediakan disini.

Jom baca!

Apa Itu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

Untuk makluman anda, Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur adalah Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Ini ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pelaksanaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah kesinambungan daripada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur diwujudkan bertujuan untuk:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 menawarkan pembiayaan berjumlah dari RM1,000 hingga 10,000 meliputi kesemua tujuan pembiayaan di atas.

Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Online

Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Online

Berikut kami sertakan syarat kelayakan permohonan, proses permohonan pembiayaan ini, dokumen sokongan permohonan dan banyak lagi sebagai panduan anda.

Jom baca.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN TEKUN MOBILEPRENEUR

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Bumiputera dan India)
  2. Pemohon berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Pemohon mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  5. Pemohon mesti mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  6. Pemohon juga perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  8. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  9. Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Baca Juga :  Daftar MYFutureJobs PERKESO Online [Penjana Kerjaya]

BORANG PERMOHONAN TEKUN MOBILEPRENEUR

Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan cara yang berikut:

  1. Pemohon boleh hadir ke pejabat TEKUN yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan penerangan lanjut dan borang permohonan TEKUN Mobilepreneur.
  2. Rujuk SENARAI PEJABAT CAWANGAN TEKUN DI SELURUH NEGARA
  3. Tempoh proses pembiayaan adalah selama 7 hari bekerja.

NOTA:

Adalah dimaklumkan bahawa TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen sokongan di bawah untuk dihantar bersama borang permohonan:

  1. Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  2. Gambar pemohon ukuran passport
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  4. Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  5. Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  6. Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  7. Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  8. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  9. Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  10. Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  11. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)

Maklumat Lanjut Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Sebarang pertanyaan mengenai skim TEKUN Mobilepreneur ini anda boleh terus hubungi layari laman web: TEKUN NASIONAL

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda yang memerlukan.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan