Pemberitahuan » Terkini » Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021?

Adik-adik yang bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi, anda dah bersedia nak buat permohonan?

Macam mana?

Jangan risau, Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021 memberikan anda panduan yang khas. Segala maklumat yang anda perlukan ada disini.

Jom baca!

upu - Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Untuk pengetahuan semua, pemohon yang berkenaan terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 sila ambil maklum bahawa tarikh tutup permohonan adalah dijangka sekitar April 2020.

Sila buat permohonan sebelum tarikh tutup sepertimana yang telah dinyatakan.

Baru-baru ini maklumat yang diterima ialah kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi bermula sesi 2020/2021 akan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Jabatan Pendidikan Tinggi. Pengumuman telah dibuat bagi kemasukan pelajar ke Kolej Matrikulasi sesi 2020/2021 hendaklah membuat pendaftaran permohonan di sistem UPUOnline

Berikut adalah panduan berkenaan permohonan ke Program Kolej Matrikulasi:

HEBAHAN PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2020/2021 OLEH KPM

Pada tarikh 20 September 2019, pengumuman telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai permohonan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM sesi pengambilan 2020/2021 seperti berikut:

  1. Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bermula sesi 2020/2021 akan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Permohonan kemasukan bagi pelajar lepasan SPM yang melepasi syarat serta hebahan lanjut berkenaan permohonan tersebut boleh dibuat melalui sistem UPUOnline di portal rasmi BPKA seperti berikut:

TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI 2020/2021

Tarikh Dibuka: 24 Februari 2020

Tarikh Ditutup: 31 Mac 2020

CARA-CARA MEMOHON  MATRIKULASI 2020/2021 ONLINE

Anda perlu klik pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk meneruskan proses permohonan:

Sistem Permohonan Online Kolej Matrikulasi Sesi 2020-2021 (UPUOnline)

Permohonan boleh dibuat secara online melalui UPUOnline dimana pelajar (pemohon) perlu mendapatkan:

  • Nombor pengenalan individu iaitu (PIN) lima digit dengan membeli sendiri nombor PIN dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.
  • Pembelian boleh dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 dengan Lembaga Peperiksaan (LP)
  • Berikut adalah pautan harga pembelian PIN BSN bagi Organisasi Bahagian Matrikulasi:
Baca Juga :  Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online

Harga Pembelian PIN BSN – Program Matrikulasi KPM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AM 

Pemohon mestilah melepasi syarat kelayakan umum kemasukan ke Matrikulasi iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  • Calon SPM tahun semasa

Setelah melepasi syarat kelayakan am, pemohon mestilah melepasi syarat minimum SPM mengikut jurusan yang ingin dipilih seperti yang dinyatakan di bawah:

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SUBJEK SPM

Jurusan Sains (Sistem Dua Semester)

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris:   C
  • Matematik: B
  • Matematik Tambahan: C
  • Kimia: C
  • Fizik / Biologi: C
  • Sejarah: Lulus

Jurusan Sains (Sistem Empat Semester)

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: C
  • Matematik Tambahan: Lulus
  • Kimia: Lulus
  • Sejarah: Lulus
  • Fizik / Biologi / Sains Komputer: Lulus

Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: B
  • Matematik Tambahan: C
  • Fizik: C
  • Kimia: Lulus
  • Sejarah: Lulus
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut mestilah mendapat sekurang-kurangnya: C

Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: C
  • Matematik Tambahan: C
  • Sejarah: Lulus
  • Mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut mestilah mendapat sekurang-kurangnya: C

Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Jurusan Perakaunan Profesional

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: A
  • Matematik: A
  • Matematik Tambahan: A
  • Sejarah: Lulus
  • Mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut mestilah mendapat sekurang-kurangnya: A

Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

  • Serta LULUS Ujian Aptitude dan temuduga

*NOTA:

Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:

  • Bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
  • No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2019 dengan LP
  • No. Pin 5 digit

Pemohon juga boleh membuat bayaran di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja).

Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan.

No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.

Maklumat Lanjut 

  • Berikut kami sediakan pautan untuk manual lengkap permohonan Program Kolej Matrikulasi ini:

Manual Langkah-Langkah Membuat Permohonan Kolej Matrikulasi 2020-2021 Secara Online

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://www.moe.gov.my

Kesimpulan Cara Memohon Program Kolej Matrikulasi Online 2020/2021

Harapnya artikel ini memberi banyak manfaat kepada mereka khususnya adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk memohon Program Kolej Matrikulasi ini. Sebar-sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!