Untuk makluman anda,Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan, kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan cara membolehkan mereka untuk mengeluarkan akaun KWSP Akaun 2 sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi semasa negara.
Untuk makluman, pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dilakukan sekiranya anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun. Melalui I-Akaun anda boleh melakukan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa. Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda bolehlah membuat pendaftaran dengan segera. Ini langkah mudah untuk anda membuatkan pengeluaran KWSP Akaun 2.
Isi Kandungan
DAFTAR i-AKAUN KWSP EPF
Untuk pengetahuan anda juga i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dengan menggunakan i-Akaun KWSP, ahli mahupun majikan tidak perlu lagi untuk hadir ke kaunter cawangan pejabat KWSP untuk melakukan urusan-urusan tertentu.
CARA MENDAFTAR DAN AKTIFKAN i-AKAUN KWSP EPF SECARA ONLINE
Berikut merupakan cara untum mendaftar :
- Hanya Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah yang layak mendaftar i- akaun KWSP EPF
- Ahli perlu mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Atau
- Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut
PENGELUARAN KWSP EPF
Selepas selesai mendaftar dan login akaun i-akaun anda,sila ke ruangan e-Pengeluaran untuk urusan Pengeluaran i-Lestari.
KEMUDAHAN PENGELUARAN i-LESTARI AKAUN 2 KWSP
Kemudahan pengeluaran i-Lestari:
- Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
- Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
- Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
- Untuk tempoh maksimum 12 bulan
Anda perlu mengisi dan melengkapkan satu borang pengeluaran secara atas talian dengan menggunakan e-Pengeluaran melalui i-Akaun. Permohonan anda akan diproses oleh pihak KWSP.
TARIKH PENDAFTARAN BERMULA
Untuk makluman anda Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos dan bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian (Akan dibuka dalam masa terdekat)
SYARAT – SYARAT KELAYAKAN MEMBUAT PENGELUARAN i-LESTARI
- Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
- Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
TEMPOH PROSES PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN
Permohonan secara dalam talian akan di proses dalam masa 3 hari.
Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.