Pemberitahuan » Kewangan » Cara Memohon Moratorium Bayaran Pinjaman Bank

Cara Memohon Moratorium Bayaran Pinjaman Bank

Cara Memohon Moratorium Bayaran Pinjaman Bank?

Umumnya, perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19 menyebabkan pejabat-pejabat ditutup (kecuali jabatan-jabatan penting) dan boleh menjejaskan punca pendapatan mereka yang terkesan dengan situasi ini. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat adalah dengan membuat penangguhan bayaran pinjaman bank.

Tetapi bagaimana?

Pemberitahuan sediakan Cara Memohon Moratorium Bayaran Pinjaman Bank sebagai panduan khas untuk anda. Sebelum itu, Apakah yang dimaksudkan dengan moratorium ini? Untuk pengetahuan anda, moratorium adalah penangguhan rasmi yang perlu anda buat.

Jom baca!

Cara Memohon Moratorium Bayaran Pinjaman Bank

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Ini kerana ada syarikat yang terpaksa meminta pekerja bercuti tanpa gaji atau unpaid leave. Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga seperti di pasar tani dan pasar malam, mereka juga turut terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi.

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti.

Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan.

Bayaran ansuran ini akan bersambung semula setelah tempoh moratorium/penangguhan tamat.

Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana.

Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang kami kongsikan berikut:

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PINJAMAN

  1. Permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.
  2. Minta borang Moratorium COVID-19 daripada bank yang dikunjungi dan lengkapkannya sebelum hantar.
Baca Juga :  Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank Akibat Covid-19

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Individu

  1. Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
  2. Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
  3. Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)

Pemilik Perniagaan

  1. Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
  2. Pesanan yang telah dibatalkan
  3. Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MORATORIUM BAYARAN PINJAMAN BANK

  1. Individu yang terkesan akibat COVID-19 (Cuti tanpa gaji, diberhentikan)
  2. Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19

PRODUK PINJAMAN YANG DIBERIKAN PENANGGUHAN

  • Pembiayaan Peribadi
  • Pinjaman Pembiayaan Rumah
  • Sewa Beli (Kereta)
  • Kad Kredit
  • Pinjaman SME
  • Overdraft /CL-i

*NOTA:Kelulusan adalah tertakluk kepada bank masing-masing

BANK YANG MENAWARKAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN

Berikut adalah senarai bank yang menawarkan penangguhan pembayaran:

           BANK          JENIS PERMOHONAN    NO TELEFON
 1. CIMB / CIMB Islamic    Individu / Pemilik Perniagaan  03-62047788
 2. Maybank / Maybank Islamic   Individu / Pemilik Perniagaan  1-300-88-6688
 3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic   Individu / Pemilik Perniagaan   03-76268899
 4. Affin Bank / Affin Islamic   Individu / Pemilik Perniagaan   03-82302222
 5. AmBank   Individu / Pemilik Perniagaan   03-21788888
 6. Bank Islam   Individu / Pemilik Perniagaan   03-26900900
 7. Bank Simpanan Nasional (BSN)   Individu / Pemilik Perniagaan   1300-88-1900
 8. Agro Bank   Individu / Pemilik Perniagaan  1-300-88-2476
 9. Bank Muamalat   Individu / Pemilik Perniagaan  1-300-88-8787
 10. Bank Rakyat   Individu / Pemilik Perniagaan  1-300-80-5454
 11. HSBC Amanah Individu   Individu / Pemilik Perniagaan  1-300-88-2626
 12. Public Bank   Individu / Pemilik Perniagaan  1-800-22-5555
 13. OCBC Al Amin Bank Berhad   Individu / Pemilik Perniagaan  03-83149310
 14.MBSB Bank   Individu  03-20963000
 15. RHB Bank / RHB Islamic   Individu  03-9206 8118
 16. Standard Chartered Saadiq   Individu  1-300-88-8888
 17. Alliance Bank   Pemilik Perniagaan  03-55169988
 18. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)   Pemilik Perniagaan  03-26113888
 19. SME Bank   Pemilik Perniagaan  03-26037700

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila klik pada dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah:

AIBIM Bantuan Moratorium Akibat COVID-19

Kesimpulan 

Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban anda yang terkesan dengan isu pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini. Sila kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain yang  layak untuk membuat permohonan.

Selama maju jaya kami ucapkan pada anda!

TERIMA KASIH